Utusan Borneo (Sarawak)

PENUNGGANG MAUT MOTOSIKAL BERTEMBUNG DENGAN PIKAP

-

KUCHING: Seorang remaja maut selepas motosikal ditunggang­nya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pikap di Jalan Stakan, Simpang Taman Stakan Perdana malam kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak Superinten­den Alexson Naga Chabu berkata, mangsa dikenali sebagai Nurfaisal Fitri Hasbi, 18, berasal dari Kampung Stakan Melayu, Kota Samarahan yang cedera parah akibat kemalangan itu disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Umum Sarawak.

Jelasnya, siasatan awal mendapati sekitar jam 8.30 malam pada 20 Mac 2021, polis terima laporan daripada seorang lelaki berusia 38 tahun yang merupakan pemandu pikap terbabit tentang kemalangan di Jalan Stakan, Simpang Stakan Perdana melibatkan dua kenderaan.

“Kemalangan berlaku apabila pikap terbabit bergerak dari arah Batu 7, Kota Sentosa hendak menuju ke rumah di Taman Stakan.

“Semasa masuk simpang, pikap terbabit telah berlanggar dengan motosikal ditunggang mangsa yang datang dari arah bertentang­an,” katanya dalam kenyataan semalam.

Tambah Alexson, mangsa disahkan meninggal dunia semasa mendapat rawatan di wad kecemasan.

Katanya lagi, mayat mangsa kemudianny­a dibawa ke Forensik, Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut.

“Cuaca pada masa kejadian adalah baik dan polis telah melawat tempat kemalangan bagi mengambil rajah kasar, gambar dan mengambil ukuran tempat kejadian,” ujarnya.

Tegasnya, kes masih dalam siasatan dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ?? MAUT: Remaja terbabit dibawa menggunaka­n ambulans sebelum
disahkan meninggal dunia.
MAUT: Remaja terbabit dibawa menggunaka­n ambulans sebelum disahkan meninggal dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia