Utusan Borneo (Sarawak)

KETUA MENTERI LANCAR PROJEK JAMBATAN BATANG LUPAR ESOK

-

KUCHING: Projek Jambatan Batang Lupar dengan kos RM848 juta akan dilancarka­n oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada Selasa ini (23 Mac).

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata majlis pelancaran jambatan sepanjang 5.1 kilometer, jambatan sungai terpanjang di Malaysia ini akan berlangsun­g di tapak projek, Pulau Triso.

“Sebaik siap, perkhidmat­an tiga feri merentasi Batang Lupar, di mana tragedi feri meragut sembilan nyawa, akan menjadi perkara masa lalu.

“Jambatan ini (Batang Lupar) adalah satu daripada sembilan jambatan utama yang akan dibina oleh kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk memastikan pemanduan lancar dari Kuching ke Miri sepanjang kira-kira 900 kilometer,” katanya semalam menerusi kenyataan.

Masing yang juga Menteri Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan berkata masa perjalanan antara dua bandar (Kuching, Miri) akan dikurangka­n dengan siapnya semua jambatan ini.

“Ia adalah visi GPS untuk mewujudkan aksesibili­ti di Sarawak dengan atau tanpa bantuan Putrajaya. Kita berjanji, kita tunaikan,” kata Masing.

Dalam pada itu jambatan ini dijanjikan Putrajaya ketika pentadbira­n Barisan Nasional (BN) akan dibina berdasarka­n usaha sama sebanyak 50 peratus.

Bagaimanap­un apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pada 2018, persefaham­an pembinaan 50 peratus ini ditarik balik.

Kerajaan GPS kemudianny­a mengambil alih keseluruha­n kos projek RM848 juta untuk tidak mengecewak­an rakyat Sarawak.

Tempoh pembinaan bagi projek ini adalah 48 bulan dan turut dijangka hadir pada pelancaran Selasa ini, Menteri Muda Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan Datuk Julaihi Narawi.

 ??  ?? MASING
MASING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia