Utusan Borneo (Sarawak)

KEADAAN DEPOT TAHANAN IMIGRESEN SEMUJA DITAMBAH BAIK

Kerajaan Sarawak bantu Jabatan Imigresen Sarawak wujudkan blok tambahan dalam kadar segera bagi pusat tahanan itu

- Oleh Rusnan Mustafa

Hari ini saya turun padang bagi melihat keadaan tahap pengurusan tahanan di Depot Tahanan Imigresen Semuja, Serian ini berikutan peningkata­n kes positif COVID-19 melibatkan tahanan di sini.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg

Ketua Menteri

KUCHING: Kerajaan Sarawak membantu Jabatan Imigresen Sarawak mewujudkan blok tambahan dalam kadar segera bagi pusat tahanan sementara di Depot Tahanan Imigresen Semuja, Serian.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ia adalah langkah untuk mengekang penularan wabak COVID-19 dalam depot tahan itu.

Malah katanya, dengan adanya blok tambahan itu nanti akan dapat memastikan nisbah tahanan yang ditempatka­n dalam sesebuah blok bersesuaia­n dan mempunyai jarak antara satu sama lain.

“Hari ini saya turun padang bagi melihat keadaan tahap pengurusan tahanan di Depot Tahanan Imigresen Semuja, Serian ini berikutan peningkata­n kes positif COVID-19 melibatkan tahanan di sini.

“Jadi, saya rasa kesimpulan­nya mungkin ada kelemahan SOP (prosedur operasi standard) dari sudut proses ujian calitan COVID-19 yang tidak mematuhi SOP kerana selalunya mereka disaring di satu tempat dan kemudian barulah dibawa ke tempat ini, mungkin ada kelemahan dalam proses tersebut, ini perkara pertama.

“Perkara kedua pula, di sini ada lapan blok, satu blok mempunyai jumlah tahanan yang ramai iaitu satu blok 75 orang dan keadaan sebegini tidak sesuai ketika COVID19 ini,” katanya pada sidang media selepas melawat Depot Tahanan Imigresen Semuja, Serian, semalam.

Hadir sama Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Datuk Amar Michael Manyin Jawong, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Jaul Samion, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Dr Chin Zin Hing dan tetamu kehormat lain.

Tegas Abang Johari, jumlah tahanan dalam satu blok di depot berkenaan terlalu padat dan tidak bersesuaia­n dengan keadaan pandemik ketika ini.

Jelasnya, keadaan itu menyumbang kepada penularan wabak COVID-19 di depot tahanan tersebut kerana tiada penjarakan antara warga asing yang ditahan di situ.

“Saya rasa kalau tidak ada COVID-19 mungkin tidak apa tetapi sekarang kita ada COVID-19, jumlah ini terlalu padat, kita hendaklah cuba menyesuaik­an tempat ini dalam keadaan pandemik ini supaya ia tidak terlalu padat.

“Maka, hari ini saya telah bersetuju untuk mewujudkan lagi tambahan blok supaya tempat kuarantin sementara mereka dapat dikuaranti­n dalam jumlah 10 orang satu bilik berbanding sekarang 20 orang satu bilik,” tambahnya.

Menurutnya, pembinaan tambahan blok bagi pusat tahanan sementara di depot itu akan ditanggung kerajaan negeri.

“Kita tidak dapat menunggu, maka kerajaan negeri akan membantu imigresen mewujudkan tempat sementara untuk menempatka­n tahanan dan perkara lain kita akan bekerjasam­a untuk memperkasa­kan cara pelaksanaa­n SOP di kawasan ini,” ujarnya.

Katanya, kos pembinaan blok tambahan dan jumlah yang diperlukan diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya Sarawak untuk menentukan­nya.

Dalam pada itu, Abang Johari menegaskan bahawa pendatang asing yang masuk ke negeri ini akan diusir pulang ke negara asal mereka bagi mengekang penularan wabak COVID-19 di negeri ini.

Mengenai pembelian vaksin sendiri oleh Kerajaan Sarawak, Abang Johari berkata, keputusan itu telah dibuat bersama oleh Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Beliau memberitah­u, pihaknya mempunyai pasukan pakar yang akan menilai dan membuat keputusan bagi menentukan vaksin yang sesuai dan selamat untuk rakyat Sarawak.

Sementara itu, Pengerusi JPBNS yang juga Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pihaknya sentiasa berhubung secara terus dengan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mendapatka­n bekalan vaksin sendiri daripada pembekal.

“Kita sentiasa berhubung secara terus dengan beliau (Khairy) dan beliau sudah membuat kenyataan bahawa negeri boleh (beli vaksin sendiri) kalau kita dapat cari pembekal jadi kita akan terus buat susulan dapatkan vaksin,” jelasnya.

 ??  ??
 ?? — Gambar Jabatan Penerangan ?? PERIKSA: Abang Johari ditemani Uggah, Dr Sim dan Jaul meninjau Depot Tahanan Imigresen Semuja, Serian.
— Gambar Jabatan Penerangan PERIKSA: Abang Johari ditemani Uggah, Dr Sim dan Jaul meninjau Depot Tahanan Imigresen Semuja, Serian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia