Dari Beijing ke Badlands, Chloe Zhao pukau Hollywood
Pembuat filem indie berusia 38 tahun itu mendapat empat pencalonan Oscar, termasuk pengarah terbaik dan gambar terbaik, dalam filem mengisahkan perjalanan seorang pesara Amerika yang tinggal dalam van usang.
Beliau merupakan wanita pertama untuk meraih empat penamaan Oscar dalam setahun, dan wanita berkulit warna pertama dicalonkan untuk anugerah Academy pengarah terbaik - dua minggu selepas beliau membawa pulang kemenangan Golden Globe untuk filem itu. Latar cerita itu diolah di sebuah jalan yang tidak diketahui dan negeri dengan sedikit penduduk seperti Selatan Dakota dan Nebraska, ‘Nomadland’ merupakan filem penghargaan Zhoe kepada negara di mana beliau membesar AS.
Beliau menemui gambar penempatan India Lakota secara kebetulan dalam sekolah filem di New York, dan beliau berharap untuk ‘menghasilkan cerita bagi menambah baik keadaan,” katanya dalam temu bual bersama New York Magazine.
Zhoe mula mendapat perhatian dengan filemnya ‘The Rider’, filem ala-ala Barat.
Salah satu tema biasa dalam filem Zhao ialah menampilkan orang biasa dan bukan pelakon untuk membawa watak mereka yang sebenar.
Buat kali pertama dalam ‘Nomadland’ Zhao bekerjasama dengan pelakon bintang sebenar Frances McDormand, namun masih menggalakkan pemenang dua kali Oscar dan penerbit itu untuk memainkan watak ‘Fern’ berkisar dengan kehidupan sebenarnya sendiri.
“Jika ini bermakna lebih banyak orang akan memandang seseorang yang tidak tinggal di rumah, yang menjalani kehidupan alternatif – dan mungkin menyapa mereka, itu akan membuatkan hari yang baik untuk mereka ,” ulas Zhao tentang kemenangan Globe.
“Kami mendapat nama dengan memberi kesedaran tentang komuniti nomad – saya rasa itu perkara yang menakjubkan.”
Pengarah itu meninggalkan China semasa remaja dan menghadiri sekolah British dan menamatkan pengajian di Los Angeles dan New York.
Kejayaannya disambut di China dengan media negara itu menyatakan beliau ialah “kebanggaan China,” namun rakyat negara itu telah mengungkit kembali wawancara media lama yang mana menyaksikan beliau mengkritik negaranya sendiri.
Dalam wawancara 2013 itu, Zhao mengulas China sebagai sebuah negara “tempat di mana penipuan berleluasa” sekaligus memberi pandangan serong dengan filemnya ‘Nomadland’ dengan sesetengah pengguna menggelarnya “pembelot.”
Filem itu tidak berunsur politik, namun berkisar tentang kekejaman kapitalisme yang gagal untuk melindungi warga emas di Amerika.
Zhao berkata kepada New York Magazine dalam membuat filem itu, beliau berpeluang mendengar ucapan daripada seorang nomad sebenar, “ucapan yang paling sosialis pernah didengari – dan saya berasal dari China.”
‘Nomadland’ diedarkan oleh Disney dan label Searchlight, filem Zhao seterusnya merupakan sebuah blok buster mega yang dikaitkan dengan studio terbesar Hollywood.
Beliau mengarah ‘Eternals’, filem adiwira besar yang merupakan sebahagian daripada siri Marvel, yang dibintangi Angelina Jolie dan Salma Hayek.
Pada Februari, telah diumumkan bahawa Zhoe akan mengarah filem futuristik sci-fi versi Barat ‘Dracula’ untuk studio Universal.
Kejayaan Zhoe untuk mengarah pelakon indie kepada bintang Tinseltown akan diuji, namun kini fokus dibuat pada kejayaan ‘Nomadland’ untuk meraih anugerah Oscar. — ATP