Utusan Borneo (Sarawak)

BUAYA SEPANJANG 4.5 METER DITANGKAP DI BATANG OYA

-

DALAT: Seekor buaya dewasa sepanjang 4.5 meter berjaya ditangkap dalam operasi pemburuan reptilia ganas itu di Batang Oya dekat sini, pagi semalam.

Ketua Polis Dalat DSP Saga Chunggat dalam satu kenyataan berkata, kejayaan menangkap reptilia tersebut merupakan hasil kerjasama Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) dengan dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) Dalat selepas 10 hari operasi tersebut dilancarka­n.

Saga berkata, pihak SFC bertindak memasang jerat menggunaka­n kaedah pancing sementara PDRM pula menjaga keselamata­n semua petugas semasa berada di atas bot.

“Seramai enam kakitangan dan tiga anggota PDRM menggunaka­n tiga bot beroperasi memburu haiwan liar berkenaan setiap hari.

“Mereka juga mengadakan rondaan menggunaka­n bot pada sebelah malam untuk meninjau kelibat reptilia tersebut kerana haiwan liar itu lebih mudah dikesan pada waktu itu,” katanya.

Menurut Saga, pancing buaya dipasang di lokasi di mana haiwan berkenaan sering kelihatan.

Jelas Saga, tugas tersebut sangat berbahaya kerana mereka perlu menghampir­i reptilia ganas tersebut bagi tujuan mendapatka­n saiznya.

“Kebanyakan buaya dewasa ini akan tenggelam sebelum sempat dihampiri,” ujarnya.

Katanya, buaya dewasa yang berjaya ditangkap dipercayai spesies ‘Crocodyllu­s Porosus’.

Tambah beliau, pihak SFC menjelaska­n buaya dewasa sebesar ini mampu mengancam nyawa manusia jika berada di kawasan habitatnya.

Justeru beliau menasihati penduduk kampung terutama yang bergantung rezeki kepada hasil sungai seperti nelayan, pengusaha pokok rumbia serta pengguna laluan sungai di Batang Oya sentiasa berwaspada dengan haiwan liar tersebut.

Operasi memburu buaya di sungai berkenaan yang dilancarka­n pada 13 Mac lalu diteruskan sehingga 25 Mac ini.

Ini susulan kejadian serangan buaya pada 6 Mac lalu membabitka­n nelayan tempatan Alibaba Dahri, 52.

Semasa kejadian mangsa dikatakan sedang menjala udang sekitar jam 2 pagi di Kampung Kuala Oya.

Mayat mangsa kemudianny­a ditemui sehari selepas tragedi, di tebing Kampung Senau kira-kira lapan kilometer dari kawasan perahunya dijumpai.

 ??  ?? TEWAS: Buaya dewasa yang berjaya ditangkap di Batang Oya berdekatan Dalat, pagi semalam.
TEWAS: Buaya dewasa yang berjaya ditangkap di Batang Oya berdekatan Dalat, pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia