Utusan Borneo (Sarawak)

PM ziarah kediaman empat penerima bantuan kebajikan

-

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meluangkan masa menziarahi kediaman empat penerima bantuan kebajikan Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat di sini, semalam.

Sempena ziarah prihatin itu, Perdana Menteri turut menyerahka­n bantuan kebajikan kepada keempat-empat mereka iaitu Dayang Amit Budin, 82, Nur Elfi Hanum Ismail, 27, Nur Zawani Jesim, 25, dan Wong On Li@ Fauziah, 51.

Penerima bantuan pertama, Dayang Amit tinggal di Kampung Sembulan Tengah adalah penerima Skim Bantuan Orang Tua RM500 sebulan sejak 2017 dan tinggal bersama keluargany­a.

Pada masa sama, beliau juga menghidap penyakit darah tinggi dan mengalami masalah pendengara­n serta turut memerlukan separa bantuan daripada ahli keluargany­a.

Nur Elfi yang turut tinggal di Kampung Sembulan Tengah pula, penerima Skim Bantuan Am Negeri Sabah (SBANS) RM215 sebulan sejak 2010 dan mengalami masalah pembelajar­an (orang kurang upaya - OKU) serta perlu dipantau keluargany­a.

Penerima bantuan ketiga, Nur Zawani yang menetap di Rumah Pangsa Tanjung Aru juga penerima bantuan SBANS RM215 sebulan turut mengalami masalah serupa dengan Nur Elfi dan memerlukan pemantauan penuh keluargany­a.

Manakala penerima sumbangan terakhir, Fauziah yang turut tinggal di Rumah Pangsa Tanjung Aru adalah OKU yang mempunyai masalah pertuturan serta menetap dengan adik beradiknya.

Fauziah yang turut menerima bantuan SBANS RM215 sebulan sejak 2013 juga mengalami masalah kesihatan yang lain serta memerlukan rawatan secara berkala.

Hadir sama Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Kesejahter­aan Rakyat Shahelmey Yahya, Setiausaha­Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong dan Setiausaha Persekutua­n Sabah Datuk Dr Zulkapli Mohamed.

Utusan Borneo yang turut berada di lokasi mendapati orang ramai tidak melepaskan peluang merakam gambar Perdana Menteri yang buat julung kalinya dilihat melawat kediaman rakyat marhaen di Sembulan dan Tanjung Aru.

 ??  ?? PRIHATIN: Hajiji menemani Muhyiddin menemui Nur Zawani dan Fauziah di Rumah Pangsa Tanjung Aru.
PRIHATIN: Hajiji menemani Muhyiddin menemui Nur Zawani dan Fauziah di Rumah Pangsa Tanjung Aru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia