Utusan Borneo (Sarawak)

Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh antara enam hingga tujuh peratus

-

KOTA KINABALU: Ekonomi Malaysia dijangka akan tumbuh antara enam hingga tujuh peratus dalam beberapa bulan tahun ini memandangk­an pelbagai usaha telah dilakukan kerajaan bagi memperkasa­kan sektor berkenaan.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberikan jaminan berkenaan kerana kerajaan kini sudah mampu mengurus pandemik COVID-19 dengan baik, ditambah dengan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang berjalan lancar di seluruh negara.

“Ekonomi kita akan kembali membangun dalam tempoh beberapa bulan ke hadapan ini dengan pelbagai pakej bantuan yang diperkenal­kan kepada rakyat.

“Ekonomi kita dijangka meningkat daripada enam kepada tujuh peratus, peluang pekerjaan akan diwujudkan dengan lebih banyak, rakyat pula akan menikmati kehidupan yang lebih baik,” katanya ketika menyampaik­an amanat pada Majlis Makan Malam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di sini, kelmarin.

Beliau berharap kerjasama GRS di negeri ini akan terus kukuh seterusnya membawa manfaat kepada rakyat Sabah.

Muhyiddin juga memberikan jaminan bahawa segala permasalah­an rakyat Sabah akan diberi perhatian sewajarnya.

“Saya juga mahu memberikan jaminan bahawa kerajaan pusat kini memberi sokongan 110 peratus kepada kerajaan GRS di sini.

“Kita akan ambil langkah terbaik untuk membantu rakyat Sabah, sejak menjadi Perdana Menteri, saya sentiasa berhubung dengan Ketua Menteri Sabah,” katanya.

Katanya, hubungan kerajaan pusat dan Sabah akan diteruskan. Pembelaan rakyat akan diberikan sepenuhnya kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang.

“Saya tidak akan membiarkan seorang pun rakyat tertinggal di belakang.

“Bantuan yang diumumkan akan disampaika­n dan perlu disampaika­n kepada rakyat secara segera tanpa ada kelewatan,” katanya.

Hadir sama ialah Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor serta barisan Kabinet Sabah yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia