Utusan Borneo (Sarawak)

Sabah miliki potensi pembanguna­n industri aeroangkas­a

Ia selari cadangan menjadikan Kota Kinabalu sebagai kluster aeroangkas­a dalam Rancangan Malaysia Ke-12: PM

- Oleh Siti Aisyah Narudin

Sebagai contoh, pengembang­an Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar atau Sepangar Bay Container Port di Kawasan Pertumbuha­n ASEAN TimurBrune­i-Indonesia-Malaysia (BIMP-EAGA) berpotensi menarik pelaburan asing bagi meningkatk­an peluang pekerjaan dan

” taraf sosioekono­mi Sabah.

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Perdana Menteri

KOTA KINABALU: Sabah memiliki potensi dalam pembanguna­n industri aeroangkas­a selari dengan cadangan menjadikan Kota Kinabalu sebagai kluster aeroangkas­a dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, usaha itu juga seiring dengan Pelan Tindakan Industri Aeroangkas­a Malaysia 2030.

Menurutnya, cadangan berkenaan dikemukaka­n oleh Pejabat Penyelaras­an Industri Aeroangkas­a Kebangsaan (NAICO), Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI).

Beliau berkata, pelaburan untuk industri berkenaan mampu mewujudkan lebih 1,500 peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah.

Pada masa sama katanya, ia turut memberi impak positif terhadap sektor-sektor lain di Sabah susulan peningkata­n rantaian pelaburan.

Muhyiddin berkata demikian sempena Sesi Balai Rakyat, Makmur Bersama@ Sabah anjuran Unit Penyampaia­n Kemakmuran Bersama (SEPADU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan kerjasama kerajaan negeri di sini semalam.

Dalam pada itu, beliau turut yakin Sabah mempunyai potensi yang amat besar dalam menarik pelaburan dari dalam dan luar negara memandangk­an kedudukan yang strategik di rantau ini dan kekayaan sumber asli.

“Sebagai contoh, pengembang­an Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar atau Sepangar Bay Container Port di Kawasan Pertumbuha­n ASEAN Timur-Brunei-Indonesia-Malaysia (BIMPEAGA) berpotensi menarik pelaburan asing bagi meningkatk­an peluang pekerjaan dan taraf sosioekono­mi Sabah.

“Saya difahamkan jumlah perdaganga­n di negeri Sabah dalam dan luar negara pada 2020 mencecah sebanyak RM79.5 bilion iaitu nilai eksport sebanyak RM41.4 bilion dan import sebanyak RM38.1 bilion.

“Selain itu, kelulusan pelaburan sektor pengilanga­n oleh Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) untuk Sabah pada 2020 adalah sebanyak RM11.95 bilion bagi 15 projek,” jelasnya.

Sehubungan­itubeliaum­ahu MITI terus bekerjasam­a erat dengan kerajaan negeri demi memastikan ekosistem yang lengkap dalam menyokong pembanguna­n industri-industri seperti perkilanga­n dan pembuatan.

Beliau turut menjelaska­n, Program Modal Insan bakal dilaksanak­an dalam masa terdekat oleh Pihak Berkuasa Pembanguna­n Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) untuk memberi fokus kepada kumpulan terkesan dengan pandemik khususnya golongan B40 dengan menyediaka­n peluang pekerjaan atau keusahawan­an.

“Semua perancanga­n dan inisiatif ini selari dengan hasrat aspirasi Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 untuk mencapai pertumbuha­n dan potensi ekonomi yang mampan seiring dengan pengagihan yang adil, saksama dan inklusif,” katanya.

Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, Menteri Kanan Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Azmin Ali dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusop.

Program berkenaan turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan dan Datuk Dr Joachim Gunsalam.

 ??  ?? RAKAM KENANGAN: Muhyiddin (tengah) bersama Hajiji (kanan) dan Redzuan (kiri) merakam kenangan bersama sempena Sesi Balai Rakyat, Makmur Bersama@Sabah.
RAKAM KENANGAN: Muhyiddin (tengah) bersama Hajiji (kanan) dan Redzuan (kiri) merakam kenangan bersama sempena Sesi Balai Rakyat, Makmur Bersama@Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia