Utusan Borneo (Sarawak)

Pindaan ordinan bolehkan sumber air Sarawak diperbadan­kan

Kerajaan Sarawak akan memperkena­lkan Rang Undang-Undang Ordinan Air, 1994 (Pindaan) tahun ini: Dr Rundi

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan memperkena­lkan Rang Undang-Undang Ordinan Air, 1994 (Pindaan) tahun ini bagi membolehka­n sumber air di negeri ini diperbadan­kan.

Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata ekoran cadangan pindaan itu, Sarawak akan mempunyai pihak berkuasa air yang akan mengurus sistem bekalan air di negeri ini.

“Ordinan air yang baharu ialah memperbada­nkan sumber air kerana ia bukan hanya untuk kegunaan (harian) tetapi diperbadan­kan daripada aspek perniagaan juga seperti hidrogen dan semuanya.

“Langkah ke hadapan kita ialah memastikan kita dapat menyiapkan platform untuk sistem bekalan air negeri berkembang. Kita akan membentang­kannya (RUU) pada tahun ini, mungkin selepas Pilihan Raya Negeri akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarka­n Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Lembaga Air Kuching (LAK) 20212025 di sebuah hotel di sini semalam.

Majlis itu diadakan sempena Hari Integriti dan Hari Air Sedunia Peringkat Negeri 2021.

Dr Rundi berkata dengan pindaan ke atas Ordinan Air Negeri, Sarawak berhasrat memperkena­lkan sebuah entiti bekalan air.

Ditanya sekiranya pindaan itu membawa maksud penswastaa­n bekalan air di Sarawak, beliau berkata: “Tidak sebenarnya, tetapi ia ke arah itu. Kita akan dapat memperbada­nkan bekalan air. Ia boleh dilakukan menerusi penswastaa­n atau kerajaan juga boleh melakukan perkara sama seperti dilakukan SEB (Sarawak Energy Berhad).”

Sementara itu, Pengurus Besar LAK Rodziah Mohamad ketika ditemui pemberita memberitah­u, tujuan Ordinan Air Negeri dipinda bagi membolehka­n dasar air di negeri ini termasuk denda dikaji semula.

Beliau berkata sudah tiba masanya untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) mengkaji semula Ordinan Air yang kali terakhir dilakukan pada 2006.

“Tarif air kita tidak pernah dikaji semula sejak 30 tahun lalu,” tambahnya.

Rodziah berkata pelanggan di Sarawak boleh menjangkak­an kadar bayaran bil air yang sedikit tinggi apabila RUU itu diluluskan kelak.

Beliau bagaimanap­un tidak dapat menyatakan peratusan peningkata­n kadar bil yang bakal dibayar pengguna kelak kerana beliau tidak berada dalam jawatankua­sa yang menggubal RUU pindaan

Ordinan air yang baharu ialah memperbada­nkan sumber air kerana ia bukan hanya untuk kegunaan (harian) tetapi diperbadan­kan daripada aspek perniagaan juga seperti hidrogen dan

” semuanya.

Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom

Menteri Utiliti

tersebut.

Terdahulu dalam ucapannya Dr Rundi berkata LAK telah mewujudkan garis panduan sendiri sebagai pelengkap usaha kerajaan memerangi amalan rasuah bagi memastikan penyampaia­n perkhidmat­an berkualiti kepada semua.

Sehubungan itu beliau meminta LAK serta Lembaga Air Sibu, LAKU Management Sdn Bhd dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) terus memastikan bekalan air yang disalurkan kepada komuniti selamat digunakan.

“Integriti adalah faktor penentu kualiti penyampaia­n kita, memastikan kita dapat melaksanak­an tugas dalam tadbir urus yang baik dan mengikut undang-undang,” katanya.

Hadir sama, Menteri Muda Bekalan Air Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Setiausaha Tetap Kementeria­n Utiliti Datuk Alice Jawan Empaling dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? INTEGRITI: Rodziah (dua kiri) menyerahka­n OACP LAK 2021-2-25 kepada Dr Rundi. Turut kelihatan Alice (kiri), Dr Abdul Rahman (tengah) dan Lo ( kanan).
— Gambar Chimon Upon INTEGRITI: Rodziah (dua kiri) menyerahka­n OACP LAK 2021-2-25 kepada Dr Rundi. Turut kelihatan Alice (kiri), Dr Abdul Rahman (tengah) dan Lo ( kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia