Utusan Borneo (Sarawak)

Kluster Rajang, kluster baharu COVID-19 di Sarawak

-

KUCHING: Sarawak mencatat satu lagi kluster baharu jangkitan COVID-19 semalam iaitu Kluster Rajang, Tanjung Manis di Mukah.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, Kluster Rajang, Tanjung Manis merupakan kluster komuniti yang telah dikesan di Kampung Rajang, Tanjung Manis, Mukah.

“Penularan jangkitan COVID-19 melibatkan kluster ini berpunca daripada satu majlis pengebumia­n dan kenduri tahlil yang diadakan di kampung tersebut pada 1 hingga 3 Mac 2021.

“Kluster ini juga dikategori­kan sebagai kluster komuniti yang melibatkan pergerakan rentas daerah yang melibatkan indeks kes dari daerah Sarikei,”katanya dalam kenyataan semalam.

Mengulas lanjut, JPBNS berkata,indekskesm­elibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 55 tahun yang dikesan melalui saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 pada 4 Mac 2021 di daerah Sarikei.

Setakat ini katanya, kluster ini telah melibatkan individu dan kontak dari daerah Tanjung Manis, daerah Sarikei dan daerah Kuching.

“Hasil saringan dan pengesanan kes secara aktif kepada indeks kes tersebut mendapati tambahan 28 kes positif COVID-19 telah dikesan melibatkan kluster ini.

“Sejumlah 271 individu telah disaring di mana 29 kes dikesan positif COVID19 termasuk kes indeks, 159 individu negatif dan 83 individu masih menunggu keputusan.

“Semua 29 kes melibatkan kluster ini telah dirujuk dan dimasukkan ke Hospital dan PKRC di Daerah Mukah, Sarikei, Sibu, Bintulu dan di Kuching bagi tujuan pengasinga­n dan rawatan lanjut,” jelasnya.

Dalam pada itu, Jawatankua­sa memaklumka­n Kluster Jun Heng, Bintulu ditamatkan setelah tiada kes baharu dikesan dalam tempoh 28 hari dari tarikh terakhir dikesan melibatkan kluster ini, semalam.

“Susulan itu, hari ini sebanyak 34 kluster masih aktif di Sarawak. Daripada jumlah tersebut, sebanyak lapan kluster yang melaporkan terdapat penambahan kes manakala 26 kluster lagi tiada penambahan kes,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia