Utusan Borneo (Sarawak)

124 kes positif baharu COVID-19 dikesan di Sarawak semalam

-

KUCHING: Sebanyak 124 kes positif baharu COVID-19 dikesan di Sarawak semalam sekali gus menjadikan jumlah keseluruha­n meningkat kepada 14,374 kes setakat ini.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan, berkata Sibu merekodkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 38 kes.

Kes-kes lain katanya, turut dikesan di Miri (20), Samarahan (16), Bintulu (14), Kuching (13), Tanjung Manis (tujuh), Kapit (lima), Julau dan Selangau tiga manakala Saratok, Sarikei, Sebauh, Serian dan Telang Usan masing-masing satu.

“Daripada 124 kes baharu yang dilaporkan, seramai 23 orang telah menunjukka­n tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.

“Manakala seramai 95 orang kes terdiri daripada individu yang telah diberikan arahan perintah kuarantin di pusat kuarantin yang disediakan,” katanya sambil menambah, jumlah kematian di negeri ini kekal 97 kes.

JPBNS berkata, mereka terdiri daripada 84 orang yang merupakan individu yang dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada kes positif COVID-19.

“Tiga orang pula adalah individu yang balik dari luar negara (Import A) dan lapan (8) orang lagi adalah individu yang balik dari kawasan berisiko tinggi (Import B),” jelasnya.

Mengenai kes pulih, kata Jawatankua­sa itu, terdapat 217 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj semalam.

“Mereka yang pulih dan discaj adalah dari Hospital dan PKRC Sarikei (44), Hospital Sibu (43), Hospital Miri (36), Hospital Bintulu (32), Hospital Umum Sarawak (20), PKRC Betong (18), PKRC di bawah Hospital Kapit (14), PKRC Serian (7), Hospital Sri Aman (2) dan PKRC Mukah (1).

“Ini menjadikan jumlah keseluruha­n kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj meningkat kepada 11,605 orang atau 80.74 peratus daripada jumlah keseluruha­n kes COVID-19 di Sarawak,” katanya.

Turut dimaklumka­n seramai 438 individu di bawah pengawasan (PUS) telah mendaftar masuk di hotel untuk menjalani kuarantin semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia