Utusan Borneo (Sarawak)

RM11.78 juta dibelanja bangun projek penanaman padi Tanjung Purun

-

KUCHING: Sejumlah RM11.78 juta telah dibelanjak­an sejak 2017 bagi membangunk­an projek penanaman padi Tanjung Purun di Kampung Stunggang Melayu Lama di Lundu.

Menurut satu kenyataan, peruntukan itu termasuk RM7.3 juta bagi membina dan menaik taraf sistem perparitan serta infrastruk­tur pengairan dan kerja-kerja berkaitan.

Setakat ini projek berkenaan telah diusahakan melibatkan kawasan seluas 88 hektar menggunaka­n pelbagai jentera antaranya mesin menuai, alat ubah anak benih, jentera pembajak, penyembur berkuasa, jentera pengering, traktor dan dron penyembur.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah (MANRED) Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengadakan lawatan ke tapak projek berkenaan kelmarin.

Beliau ditemani Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu, Setiausaa Tetap MANRED Edwin Abit dan Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak Dr Alvin Chai.

Sementara itu Pegawai Pertanian Bahagian Kuching Chong Mui Sia memberitah­u bahawa Uggah telah mengarahka­n jabatan berkenaan memperkena­lkan sistem pengurusan komprehens­if bagi membolehka­n penanaman berganda dapat dilaksanak­an tahun ini.

“Sasaran tuaian ialah tujuh tan per hektar dengan penanaman berganda dilakukan. Purata tuaian negara ialah lapan tan per hektar,” katanya.

Chong turut memaklumka­n, terdapat 10 variasi padi ditanam dalam projek tersebut iaitu Merah, Pandan, Retih, Pulut Cina, Pulut Hitam, MR 219, MR 263, MRQ 76, Black Berry dan Lombok.

Pada 2019, pusat hasil tuaian ialah 4,037 kilogram per hektar. Seluas 75 hektar diusahakan dan melibatkan 92 orang petani.

Manakala tahun lalu, kawasan penanaman padi dalam projek itu meningkat kepada 88 hektar dengan penglibata­n 96 petani bagaimanap­un hasilnya masih dalam kajian.

 ??  ?? BERKUALITI: Edwin (kanan) menunjukka­n tangkai padi kepada Uggah (tengah) dan Jamilah semasa mengadakan lawatan kerja ke tapak Projek Padi Tanjung Purun, Lundu.
BERKUALITI: Edwin (kanan) menunjukka­n tangkai padi kepada Uggah (tengah) dan Jamilah semasa mengadakan lawatan kerja ke tapak Projek Padi Tanjung Purun, Lundu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia