Projek atasi gangguan air di Jalan Sultan Tengah
Projek Bekalan Air Samariang yang melibatkan dua fasa itu bermula sejak 2019, kata Dr Abdul Rahman
“
Projek bekalan air Samariang fasa pertama berharga RM85 juta ini sudah dimulakan sejak dua tahun lalu. Fasa pertama ini melibatkan pembinaan tiga tangki yang berkapasiti empat juta liter
satu.” setiap
Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi
KUCHING: Masalah gangguan bekalan air yang membelenggu penduduk kawasan perumahan dan kampung di sepanjang Jalan Sultan Tengah di sini, dijangka selesai dengan pembinaan projek Bekalan Air Samariang.
Menteri Muda Bekalan Air Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, projek bekalan air yang melibatkan dua fasa itu bermula sejak 2019.
Menurutnya, masalah tekanan air rendah sering menjadi rungutan penduduk terutama mereka yang tinggal di perkampungan sepanjang Jalan Sultan Tengah dan Samariang serta kawasan taman-taman perumahan di Jalan Matang dan Tupong.
“Projek bekalan air Samariang fasa pertama berharga RM85 juta ini sudah dimulakan sejak dua tahun lalu. Fasa pertama ini melibatkan pembinaan tiga tangki yang berkapasiti empat juta liter setiap satu.
“Dua tangki yang dibina dalamfasapertamainidijangka siap pada Ogos nanti manakala satu lagi penghujung tahun ini,” katanya ketika ditemui media selepas melawat Projek Bekalan Air Samariang (Fasa 1) di Jalan Sultan Tengah di sini, semalam.
Dr Abdul Rahman berkata bekalan air daripada tangkitangki berkenaan diperoleh daripada Lembaga Air Kuching dari persimpangan Jalan Matang-Batu Kawa.
“Dijangka seramai 80,000 penduduk kampung dan taman perumahan akan menikmati manfaat apabila projek fasa pertama ini siap sepenuhnya,” katanya sambil menambah, fasa kedua akan dilaksanakan selepas itu.
Dr Abdul Rahman memberitahu, projek berkenaan adalah antara Projek Rakyat yang dibiayai sepenuhnyaKerajaanSarawak melalui Kementerian Utiliti Sarawak dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) sebagai agensi pelaksana.
Projek itu katanya, turut melibatkan pembinaan stesen pam penggalak berkapasiti 50 juta liter sehari, pemasangan saluran
Menteri Muda Bekalan Air
paip sepanjang 13 kilometer (km) dari persimpangan Jalan Matang-Batu Kawa melalui jalan baharu Federal Administrative Center (FAC) ke stesen pam penggalak baharu dan pemasangan saluran paip sepanjang tiga kilometer dari stesen pam penggalak baharu ke tangki aras tinggi.
“Selain itu, projek ini turut merangkumi pemasangan saluran paip di bawah dasar sungai di Sungai Salak,” jelasnya.
Dr Abdul Rahman menegaskan, JBALB Sarawak amat komited untuk memastikan setiap projek yang dirancang akan dilaksanakan berdasarkan piawaian serta jangka masa yang telah ditetapkan.
Hadir sama, Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan Projek Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang.