Utusan Borneo (Sarawak)

TAK DIBERI WANG, LELAKI TUMBUK BAPA DIDENDA

-

KUCHING: Perbuatan seorang lelaki yang menumbuk muka bapa kandung gara-gara tidak diberi wang belanja membawa padah apabila dia didenda RM2,000 di Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret Zubaidah Sharkawi turut mengarahka­n tertuduh Mackie Mackenzie Lawrence, 37, yang tidak diwakili peguam, untuk dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Tertuduh mengaku bersalah apabila didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun sama.

Mengikut pertuduhan, lelaki bekerja sendiri itu didakwa dengan sengaja mencederak­an bapanya yang berusia 60 tahun dalam satu kejadian pada 18 Mac lalu, jam 10.30 malam di kediaman mereka terletak di Taman Heng Guan, Jalan Matang, di sini.

Berdasarka­n keterangan kes, berlaku pertengkar­an mulut antara kedua-dua lelaki tersebut setelah mangsa tidak memberi wang belanja kepadanya.

Tertuduh seterusnya bertindak menumbuk muka mangsa berulang kali menggunaka­n tangan dan berlaku pergelutan antara mereka.

Akibat kejadian tersebut, mangsa cedera di bahagian kedua-dua belah mata, mengalami bengkak di bibir dan sakit di bahagian leher serta belakang badan.

Sementara itu di mahkamah sama, seorang lelaki berusia 33 tahun didenda RM1,000 atau penjara dua bulan sekiranya gagal membayar selepas mengaku bersalah melakukan khianat dengan memecah dan merosakkan harta benda milik bapanya.

Tertuduh, Sze Chin Yung, mengaku melakukan perbuatan tersebut terhadap mangsa berusia 60 tahun pada 30 April 2020, jam 7.30 malam di kediaman mereka di Jalan Pisang Barat, di sini.

Mengikut keterangan kes, tertuduh mengamuk dengan merosakkan dan membuang barang-barang milik mangsa ke luar rumah, antaranya pakaian, botol-botol ubat dan cermin.

Tertuduh sebelum ini juga dilaporkan seringkali bertindak demikian dan turut menghalau mangsa dan ahli keluarga yang lain untuk keluar dari rumah.

Puncakejad­ianadalahk­erana tertuduh tidak berpuas hati dengan mangsa yang tidak mahu berpindah keluar dari rumah yang didiaminya kini.

Kerugian dianggarka­n berjumlah RM300.

Mangsa tidak tahan dengan sikap tertuduh yang panas baran dan bertindak kasar setiap kali bercakap dengannya seterusnya membuat laporan polis.

Akibat perbuatan tersebut, tertuduh tidak diwakili peguam itu didakwa dan disabitkan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan bagi kedua-dua kes dikendalik­an oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin.

 ??  ?? MENGAKU SALAH: Mackie didenda kerana
mencederak­an bapa kandung.
MENGAKU SALAH: Mackie didenda kerana mencederak­an bapa kandung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia