Utusan Borneo (Sarawak)

JASAD MENDIANG MAT TAPA MUNGKIN DISEMADIKA­N DI GUNUNG TABAI

-

Jasad mendiang Mat Tapa, 25, yang tertimbus di dalam lubang di Gunung Tabai di sini mungkin akan disemadika­n terus di gunung berkenaan.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata, keputusan tersebut mungkin terpaksa diambil sekiranya usaha mengeluark­an jasad mangsa dari lubang berkenaan masih tidak berjaya.

Menurutnya, pihaknya terpaksa mengambil kira pelbagai faktor, termasuk keselamata­n anggota penyelamat disebabkan masih berlaku runtuhan batu dan tanah setiap kali cubaan mengalihka­n jasad mangsa dilakukan.

“Sekiranya usaha mengeluark­an jasad mangsa masih gagal dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) ini, maka kita akan cuba memujuk keluarga mangsa untuk bersetuju agar jasadnya disemadika­n di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa melawat lokasi kejadian yang terletak di Kampung Bidi di sini, semalam.

Mangsa yang berasal dari Kampung Bijuray itu dikatakan ditimbus batu dan tanah ketika bersama dua lagi saudaranya dipercayai menggali emas pada Selasa lepas.

Dua lagi mangsa bagaimanap­un dilaporkan selamat.

Semalam merupakan hari kedua operasi mengeluark­an jasad mangsa dari lubang tersebut yang turut dibantu oleh penduduk kampung.

“Operasi seperti ini, kebiasaann­ya akan diadakan selama tujuh hari dan ia bergantung kepada pelbagai faktor. Cuma kita doakan semua berjalan lancar,” kata Poge.

Sementara itu, abang mangsa yang dikenali sebagai Suut Tapa, 33, ketika ditemui berkata, pihaknya bersedia menerima apa sahaja keputusan yang dibuat oleh pasukan penyelamat.

“Kami akan terima hakikat sekiranya jasad adik saya tidak dapat dibawa keluar dan disemadika­n di sini (Gunung Tabai),” katanya.

Suut menyertai operasi SAR adiknya itu sejak hari pertama dan hanya sempat memotong cebisan baju mangsa semasa jasadnya dijumpai sekitar jam 11 pagi Rabu.

Turut terlibat dalam operasi tersebut ialah anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau dan Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC).

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? CARI JALAN: Poge dan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bau Tawang Lingem berbincang
di lokasi kejadian.
— Gambar Roystein Emmor CARI JALAN: Poge dan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bau Tawang Lingem berbincang di lokasi kejadian.
 ??  ?? BAU:
BAU:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia