Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk beberapa kawasan di Sarikei dinasihati waspada kenaikan air sungai

-

SARIKEI: Faktor hujan lebat yang turun tanpa henti sejak dua hari bermula Selasa lalu telah menyebabka­n beberapa sungai di kawasan ini naik airnya dan kini berada di paras berjaga-jaga.

Keadaan tersebut juga menyebabka­n beberapa kawasan rendah telah dinaiki air.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Mahmudin Narudin berkata, salah satu laporan kecemasan yang diterima pihak bomba berkaitan dengan situasi banjir di kawasan ini ialah daripada pihak Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sing Ming di Kim San.

“Sejurus menerima laporan tersebut, seramai empat anggota telah dikerahkan ke lokasi dan mendapati laluan utama menuju ke sekolah terbabit telah terputus kerana dinaiki air sedalam dua kaki.

“Berikutan itu, anggota bomba bertugas membantu pihak sekolah memindahka­n para pelajar yang terkandas di sekolah ke jalan utama yang lebih selamat.

“Dalam operasi ini, seramai 22 murid sekolah terbabit telah berjaya dipindahka­n yang merangkumi 17 murid lelaki dan 5 murid perempuan dari Tahun 1 hingga 6,” katanya kepada media di sini, semalam.

Proses perpindaha­n murid-murid dari sekolah terbabit berjalan dengan lancar dengan bantuan guru-guru dan mengambil masa hampir satu jam.

“Kerja-kerja memindahka­n para pelajar ke tempat yang selamat telah berjalan dengan lancar tanpa berlaku sebarang insiden yang tidak diingini.

“Dalam masa yang sama, pihak bomba akan melakukan pemantauan secara berterusan di kawasan ini terutama jika hujan lebat masih turun dan pertembung­an air pasang besar yang dijangka esok (hari ini),” ujar Mahmudin lagi.

 ??  ?? GEGAS: Anggota bomba memindahka­n para pelajar SJKC Sing Ming, Kim San yang terjejas akibat laluan utama menuju ke sekolah terbabit terputus akibat banjir.
GEGAS: Anggota bomba memindahka­n para pelajar SJKC Sing Ming, Kim San yang terjejas akibat laluan utama menuju ke sekolah terbabit terputus akibat banjir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia