Utusan Borneo (Sarawak)

Bazar Ramadan di Kuching di tiga lokasi

Tiga lokasi di bawah kawasan pentadbira­n DBKU itu ialah Satok, Semarak dan Sukma Ria

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Bazar Ramadan dibenarkan beroperasi pada tahun ini di tiga lokasi di bawah kawasan pentadbira­n Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) mengikut norma baharu dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, tiga lokasi itu adalah di Satok, Semarak dan Sukma Ria yang mana jumlah peniaga di bazar tersebut akan dihadkan bersesuaia­n dengan norma baharu ketika pandemik COVID-19 ini.

“Jumlah tapak bazar di setiap lokasi hanya 50 peratus berbanding sebelumnya bagi mematuhi penjarakan fizikal di kalangan peniaga,” katanya pada sidang media di Bilik Anggerik DBKU, Petra Jaya semalam.

Jelasnya, SOP berkaitan dalam kawalan pematuhan pengoperas­ian oleh penganjur, peniaga dan pekerja serta kawalan kemasukan pengunjung di bazar juga diambil kira dengan teliti dan tertakluk kepada peraturan Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dari semasa ke semasa.

“Jadi, bila bazar Ramadan ini beroperasi nanti, akan ada pihak yang menjaga di

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU)

pintu masuk bagi mengawal kemasukan pengunjung dan mengelak berlakunya kesesakan di tapak bazar tersebut,” tambahnya.

Mengulas lanjut tentang jumlah peniaga yang dibenarkan, Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Utiliti berkata, di Bazar Ramadan

Satok dihadkan kepada 55 tapak, di Semarak 32 tapak dan di Sukma Ria 68 tapak.

“Bagi tempoh operasi bazar pula, ia dibuka seperti biasa dari jam 2 petang hingga 7 malam bermula awal hingga akhir Ramadan,” katanya.

Menurutnya lagi, proses pendaftara­n dan jualan tapak akan diadakan pada 2 April 2021 di Auditorium DBKU iaitu bagi Bazar Ramadan Satok dari jam 8 pagi hingga 10 pagi, Bazar Ramadan Semarak (10.30 pagi hingga 11.30 pagi) dan Bazar Ramadan Sukma Ria (2.30 petang hingga 4.30 petang).

Dalam pada itu, beliau memberitah­u, pihaknya turut menerima sebarang cadangan daripada pihak berkaitan dan para peniaga yang berhasrat untuk membuka tapak jualan di tempat masing-masing.

“Bagi mereka yang tidak dapat berniaga di tapak bazar Ramadan berikutan jumlah yang terhad, kita bersama DBKU sedia mempertimb­angkan apa jua cadangan daripada pihak berkaitan dan peniaga yang berhasrat membuka jualan Ramadan di tempat masing-masing.

“Oleh itu, mereka yang berhasrat boleh menghubung­i DBKU di talian 082512955,” jelasnya.

Selain itu, Dr Abdul Rahman turut mengumumka­n pertanding­an yang akan dianjurkan DBKU pada April depan iaitu Pertanding­an Kebersihan, Kecantikan dan Kejiranan Contoh (3K) DBKU 2021 yang melibatkan kawasan kejiranan seperti kampung, perumahan, tadika, sekolah rendah dan menengah dalam kawasan pentadbira­n DBKU.

Katanya, ia merupakan kolaborati­f bersama Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd selaku penaja pertanding­an itu.

Selain itu, beliau berkata, DBKU juga akan mengadakan Program Kuching ‘Car Free Morning’ mulai April depan dan diadakan setiap Ahad minggu pertama setiap bulan dari jam 6.30 pagi hingga 10 pagi di Padang Merdeka, Kuching.

Jumlah tapak bazar di setiap lokasi hanya 50 peratus berbanding sebelumnya bagi mematuhi penjarakan fizikal di

” kalangan peniaga.

Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi

 ??  ?? SERTAI KAMI: Dr Abdul Rahman (tengah) ditemani tetamu kehormat lain menunjukka­n poster aktiviti yang akan dianjurkan Dewan Bandaraya Kuching Utara April nanti.
SERTAI KAMI: Dr Abdul Rahman (tengah) ditemani tetamu kehormat lain menunjukka­n poster aktiviti yang akan dianjurkan Dewan Bandaraya Kuching Utara April nanti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia