Utusan Borneo (Sarawak)

Toyota Corolla Cross serba baharu sudah tiba di Malaysia

-

KUCHING: Model Toyota Corolla Cross serba baharu yang dinantikan kini tiba secara rasmi di Malaysia dan akan dijual bermula 25 Mac ini, memberi tambahan pilihan SUV terbaharu yang menarik untuk pengguna terus meneroka dan mengembara.

Ketika memperkena­lkan Corolla Cross serba baharu ini, Presiden UMW Toyota Motor Ravindran K. berkata, Toyota Corolla Cross serba baharu ini memasuki segmen SUV moden yang semakin berkembang, menawarkan kenderaan generasi terkini untuk pelanggan.

“Kami yakin ia akan menjadi pilihan yang memenuhi keperluan dan gaya hidup aktif masa kini,” ujarnya dalam kenyataan media semalam.

Model baharu yang diimport CBU dari Thailand itu katanya, datang dalam dua varian – Corolla Cross 1.8V dan Corolla Cross 1.8G.

“Masing-masing dijual pada harga RM134,000 (tanpa pengecuali­an cukai jualan) dan RM124,000 (dengan pengecuali­an cukai jualan sehingga 30 Jun 2021) di Semenanjun­g Malaysia, tidak termasuk insurans,” katanya.

Menurut Timbalan Presiden UMW Toyota Motor Akio Takeyama, kajian pasaran menunjukka­n ada maklum balas positif terhadap Corolla jenis baharu ini.

“Ia tidak menghairan­kan kerana perhatian dan permintaan terhadap SUV sedang tumbuh pesat bahkan di peringkat global,” ujarnya.

Walaupun merupakan ahli keluarga Corolla, Corolla Cross mempunyai penggayaan yang sama sekali berbeza daripada Corolla Sedan.

Sama seperti kebanyakan model terkini Toyota, Corolla Cross dibina menggunaka­n platform Toyota New Global

Architectu­re (TNGA), sebuah struktur yang membolehka­n kejurutera­an lebih anjal dilaksanak­an serta beberapa lagi manfaat lain.

Selain itu, semua Corolla Cross baharu dipasangka­n dengan sistem keselamata­n termasuk immobilize­r enjin dan Sistem Telematik Kenderaan (VTS) boleh menjejaki kedudukan kenderaan menggunaka­n isyarat GSM/GPS.

Pemilik boleh juga meninjau status penghidup dan kelajuan kenderaan dan sekiranya kereta dicuri, pusat panggilan 24/7 akan dapat mengesanny­a dan memaklumka­n pihak berkuasa untuk tindakan pantas.

Pemilik Corolla Cross akan menikmati langganan VTS percuma selama tiga tahun.

Dalam pada itu menurut Ravindran, turut diperkenal­kan ketika majlis pelancaran dalam talian ialah Duta Corolla Cross iaitu Diana Danielle dan Danny Koo, yang akan terlibat dengan kempen pengiklana­n serta promosi model terbabit.

Toyota Corolla Cross 1.8G kini boleh dilihat, diuji serta dibeli melalui bilik pameran pengedar sah dan cawangan Toyota seluruh negara.

Corolla Cross 1.8V pula akan tiba kemudian tetapi tempahanny­a sudah mula dibuka.

Tempahan juga boleh dilakukan di semua bilik pameran maya Toyota.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari toyota.com.my atau menghubung­i talian bebas tol 1800-8-TOYOTA (869682).

 ??  ?? MENAWAN: Ravindran (kiri) dan Takeyama menunjukka­n Toyota Corolla Cross serba baharu.
MENAWAN: Ravindran (kiri) dan Takeyama menunjukka­n Toyota Corolla Cross serba baharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia