Utusan Borneo (Sarawak)

JPBB Miri lancar video empat bahasa galak pendaftara­n vaksin

-

MIRI: Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri melancarka­n empat video dalam pelbagai bahasa bagi menggalakk­an pendaftara­n Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Pengerusi JPBB Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf berkata, keempat-empat video promosi vaksin COVID-19 dibuat dalam bahasa Melayu (durasi 1 minit 12 saat), bahasa Inggeris (durasi 1 minit 29 saat), bahasa Cina (51 saat) dan bahasa Iban (55 saat).

“Kesemua video tersebut memaparkan empat individu yang sememangny­a amat sinonim dan penting dalam kalangan masyarakat di bahagian Miri.

“Mereka ialah Menteri Pengangkut­an Sarawak Datuk Lee Kim Shin, Pakar Perubatan AM U56 Hospital Miri Datuk Dr Fam Tem Lom, bekas Pegawai Kesihatan Miri Dr Faizul Mansoor dan bekas pelari pecut kebangsaan Watson Nyambek,” katanya.

Aziz yang juga Pemangku Residen Bahagian Miri berkata demikian ketika melancarka­n empat video terbabit selesai mesyuarat JPBB Miri pagi semalam.

Menurutnya, video tersebut wadah mesej yang bertujuan memberikan maklumat serta kesedaran kepada masyarakat di Miri khususnya mengenai kepentinga­n untuk mendapatka­n vaksinasi COVID-19.

Ia juga bertujuan menyebarka­n maklumat umum mengenai vaksin tersebut yang dijangka mula diberikan kepada orang ramai melalui pemberian Vaksin Fasa II dan Fasa III pada bulan depan.

“JPBB Miri sekali lagi mengingatk­an orang ramai agar mendaftar segera melalui aplikasi MySejahter­a atau melalui empat kaedah lain seperti disarankan JPBB Miri sebelum ini.

“Ia penting untuk memudahkan mereka mendapatka­n pemberian vaksin COVID-19 Fasa II dan Fasa III yang akan datang bagi mengelakka­n mereka daripada keciciran,” jelasnya.

Orang ramai juga diingatkan terus kekal waspada dan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 secara ketat.

 ??  ?? KEMPEN: Lee bersama produksi membuat video berbahasa Inggeris berdurasi 1 minit 29 saat bagi mempromosi­kan pendaftara­n Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
KEMPEN: Lee bersama produksi membuat video berbahasa Inggeris berdurasi 1 minit 29 saat bagi mempromosi­kan pendaftara­n Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia