Utusan Borneo (Sarawak)

Tarikh akhir pendaftara­n vaksin COVID-19 wajar ditetapkan

-

SELANGAU: Timbalan Menteri Kesihatan II Datuk Aaron Ago Dagang berkata, penetapan tarikh akhir pendaftara­n vaksin COVID-19 akan membantu mempercepa­tkan program vaksinasi negara.

Aaron berkata, sekiranya tarikh akhir pendaftara­n tidak ditetapkan orang ramai akan menangguhk­an pendaftara­n mereka dan mungkin ada yang tergesa-gesa untuk mendaftar diri pada saat akhir.

“Kita perlu membuat rancangan supaya kita tahu berapa banyak dos yang perlu kita beli untuk semua orang.

“Jika tidak ada batasan waktu, pada masa depan ketika kita menggunaka­n semua dos mungkin ada orang yang akan mendakwa mereka tidak divaksinas­i walaupun tidak mendaftar.

“Ia sangat tidak adil bagi kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Malaysia Prihatin di Dewan Serba Guna Selangau di sini, semalam.

Pada 22 Mac lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitah­u, kerajaan sedang mempertimb­angkan tarikh akhir pendaftara­n vaksin COVID-19 untuk mencapai sasaran 80 peratus imunisasi dalam populasi.

Muhyiddin berkata, pendaftara­n melalui aplikasi MySejahter­a setakat ini kirakira enam juta dan bilangan tersebut agak rendah berbanding populasi Malaysia yang kini melebihi 20 juta orang, tidak termasuk warga asing yang layak.

“Saya mungkin menetapkan tarikh akhir. Kita tidak dapat membuka pendaftara­n selamanya.

“Mungkin kita boleh menetapkan tarikh akhir hingga bulan Jun, dan mereka yang tidak mendaftar pada akhir bulan tidak akan mendapat vaksin,” katanya dipetik sebagai berkata semasa sesi ‘town hall’ di Kota Kinabalu, Sabah.

Aaron berkata, kerajaan menyasarka­n 27 hingga 30 juta penduduk termasuk bukan warganegar­a akan diberi vaksin secepat mungkin.

Katanya, Malaysia membeli vaksin daripada empat hingga lima syarikat yang berbeza untuk memenuhi sasaran.

Terdahulu Aaron turut memberitah­u, projek membina pusat hemodialis­is di Selangau akan ditender segera.

Beliau berharap projek yang telah lama dirancang untuk daerah itu akan menjadi kenyataan dalam beberapa bulan akan datang atau menjelang akhir tahun ini.

Ujar beliau, kerajaan telah memperuntu­kkan dana dan mengenal pasti lokasi untuk pembinaan projek tersebut.

“Pesakit buah pinggang dari Selangau tidak perlu pergi ke Sibu atau Mukah untuk rawatan hemodialis­is apabila pusat itu siap,” katanya.

Pada masa sama kata Aaron, kerajaan akan membina dua blok tempat kediaman baharu untuk kakitangan Klinik Kesihatan Selangau.

Setiap blok akan mempunyai antara 20 hingga 30 unit rumah, katanya.

Hadir sama pada program itu ialah ADUN Tamin Christophe­r Gira Sambang dan Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu Dr Teh Jo Hun.

 ??  ?? LAWATAN KERJA: (Dari tiga kanan) Aaron, Gira, Dr Teh dan yang lain merakam kenangan semasa ‘Program Malaysia Prihatin’ di Dewan Serba Guna Selangau semalam.
LAWATAN KERJA: (Dari tiga kanan) Aaron, Gira, Dr Teh dan yang lain merakam kenangan semasa ‘Program Malaysia Prihatin’ di Dewan Serba Guna Selangau semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia