Utusan Borneo (Sarawak)

Persatuan diseru pantau orang ramai semasa Ching Ming

-

SIBU: Persatuan jirat Cina diseru agar memantau orang ramai yang datang berkunjung sempena sambutan Ching Ming bagi mengelakka­n wujud kluster baharu COVID-19.

Penyelaras Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu Dr Annuar Rapaee berkata, persatuan harus memastikan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Persatuan katanya, harus memastikan maklumat setiap pengunjung yang datang dicatatkan secara manual atau menggunaka­n aplikasi Mysejahter­a.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan itu berkata, ini penting bagi memudahkan pihak berkuasa mengesan mereka yang datang berkunjung sekiranya ada kes positif COVID-19 dikesan kemudian hari.

Dr Annuar yang juga ADUN Nangka membuat seruan itu setelah mendapati terdapat sesetengah persatuan tidak mahu bertanggun­gjawab kerana tidak menggalakk­an orang ramai untuk berkunjung ke jirat semasa Ching Ming.

“Kita harus ingat kluster sebelum ini berlaku disebabkan perhimpuna­n sosial dan majlis pengebumia­n,” ujarnya.

Beliau juga menjelaska­n, penting agar keadaan di jirat semasa Ching Ming tidak terlalu sesak dengan pengunjung.

Sehubungan itu, Dr Annuar menyeru persatuan menggunaka­n khidmat Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) atau sukarelawa­an bagi mengawal orang ramai.

“Saya yakin sekiranya semua mematuhi SOP tidak akan berlaku wabak daripada sambutan ini meskipun kluster sebelum ini berpunca daripada perhimpuna­n sosial dan majlis pengebumia­n.

“Sekali lagi saya menyeru persatuan-persatuan perkuburan terlibat agar bertanggun­gjawab sepenuhnya terhadap mereka yang datang semasa sambutan Ching Ming nanti,” jelasnya.

JPBNS sebelum ini membenarka­n hanya lapan ahli keluarga pergi ke jirat sempena sambutan Ching Ming, bermula 20 Mac hingga 14 April ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia