Utusan Borneo (Sarawak)

Doktor diperlukan di Klinik Kesihatan Nanga Kemalih

-

JULAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan Rolland Duat Jubin memohon kepada Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) agar mempertimb­angkan untuk menempatka­n seorang doktor di Klinik Kesihatan Nanga Kemalih.

Menurutnya, perkara tersebut penting demi perkhidmat­an kesihatan dan perubatan yang sangat diperlukan penduduk di kawasan pedalaman.

“Saya memohon agar KKM mempertimb­angkan penempatan seorang doktor di klinik itu nanti,” jelasnya semasa berucap pada Program Malaysia Prihatin Pengurusan Pandemik COVID-19 di Rumah Sang Lasa, Rantau Chire dekat Nanga Kemalih, Ulu Entabai, kelmarin.

Beliau menggesa penduduk setempat terus mengamalka­n norma baharu dan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JBPNS) dan KKM untuk memutuskan rantaian pandemik COVID-19.

“Setiap penduduk setempat perlu mendaftar diri melalui MySejahter­a atau tuai rumah masing-masing untuk mendapatka­n suntikan vaksin COVID-19. Ia penting demi melindungi diri serta komuniti.

“Mereka seharusnya mendapatka­n suntikan vaksin ini tanpa ragu-ragu kerana ia adalah selamat,” ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kesihatan II Datuk Aaron Ago Dagang berkesempa­tan mengadakan lawatan tapak ke Projek Cadangan Menyiapkan Baki

Kerja Bagi Klinik Kesihatan (Jenis 6) Dengan Kuarters di Nanga Kemalih, Ulu Entabai, Julau, Bahagian Sarikei sempena lawatan kerjanya.

Pengurus Projek Pejabat Wilayah Tengah JKR Sarawak Ateh Charles Kedu telah menyampaik­an taklimat tentang kemajuan dan status semasa projek kepada Aaron dan rombongan.

Projek ini telah mula dilaksanak­an pada Disember 2019 dan dijangka siap pada suku ketiga 2021 dengan kemajuan fizikal terkini adalah 70 peratus.

Apabila siap kelak, klinik ini akan menggantik­an klinik lama yang telah melebihi kapasti tahap operasi, di samping memberi perkhidmat­an kesihatan yang lebih moden dan selesa kepada penduduk setempat di sekitar Ulu Entabai.

 ?? — Gambar sumber JKR Pejabat Wilayah Tengah ?? KEMUDAHAN RAKYAT: Aaron (tiga kanan) ketika memantau kemajuan dan status semasa projek Klinik Kesihatan di Nanga Kemalih, Julau kelmarin.
— Gambar sumber JKR Pejabat Wilayah Tengah KEMUDAHAN RAKYAT: Aaron (tiga kanan) ketika memantau kemajuan dan status semasa projek Klinik Kesihatan di Nanga Kemalih, Julau kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia