Utusan Borneo (Sarawak)

SABA sahut cabaran kutip pingat emas pada SUKMA Johor 2022

-

KUCHING: Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA) menyahut cabaran Kementeria­n Belia dan Sukan Sarawak untuk menghadiah­kan pingat emas kepada Sarawak pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 di Johor.

Presiden SABA, Dato Rahman Lariwoo berkata, berdasarka­n prestasi semasa, atlet petinju Sarawak yakin mampu menyumbang sekurang-kurangnya dua pingat emas pada temasya sukan itu kelak.

“Kalau dilihat daripada prestasi petinju kita, saya yakin kita boleh menyumbang dua pingat emas pada SUKMA Johor 2022,” katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, dengan tempoh yang panjang sebelum bermulanya temasya sukan itu, ia memberi ruang untuk para atlet tinju mempersiap­kan dan memantapka­n diri mereka.

Malah, Rahman memberitah­u, barisan jurulatih yang berpengala­man dan berdisipli­n tinggi juga memberi sinar buat skuad tinju Sarawak.

“Keyakinan saya terhadap barisan jurulatih kita yang berdisplin tinggi seperti Sapok Biki, Muhammad Helman Morni serta jurulatih dari Filipina Wilbur Buag Andogan yang melatih petinju kita sepenuh masa pastinya akan memantapka­n para atlet tinju kita.

“Selain itu, tahap keyakinan petinju kita sendiri yang tinggi, tidak mustahil dua pingat emas mampu diraih pada SUKMA Johor akan datang,” ujarnya.

Sebelum ini, Menurut Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk Snowdan Lawan menaruh harapan tinggi terhadap skuad petinju negeri untuk menghadiah­kan pingat emas kepada Sarawak pada temasya SUKMA 2022 di Johor.

Menurutnya, petinju Sarawak perlu memanfaat sepenuhnya penundaan SUKMA ke tahun depan ekoran penularan pandemik COVID-19 untuk membuat persiapan secukupnya.

Barisan petinju SUKMA Sarawak ialah Jackson Chambai (49kg), Mohd Syawal (52kg), Wilson Brayin (56kg), Daeloniel Mcdelon Bong (60kg), Mohd Jamani Abdullah (64kg), Christyude­n Ripoh (69kg), Mohd Helmi Cheng (75kg), Rais Arsyad (81kg) dan Hillary Hendry (91kg).

 ?? — Gambar AFP ?? GAYA BINTANG: Babak-babak aksi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 di antara Perancis dan Ukraine di Stade de France di Paris.
— Gambar AFP GAYA BINTANG: Babak-babak aksi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 di antara Perancis dan Ukraine di Stade de France di Paris.
 ??  ?? RAHMAN
RAHMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia