Utusan Borneo (Sarawak)

Portugal hambar pada aksi pembukaan

-

TURIN: Juara Eropah, Portugal, memulakan kempen kelayakan Piala Dunia 2022 mereka dengan kemenangan tetapi hanya menerusi gol sendiri Azerbaijan untuk kemenangan 1-0 dalam aksi Kumpulan A di Turin pada Rabu.

Kapten Azerbaijan, Maksim Medvedev, tertolak bola ke pintu golnya sendiri pada minit ke-36 dan gol itu sudah memadai untuk Portugal menewaskan lawan yang berada pada ranking ke-108 dunia.

“Kami mempunyai beberapa kesukaran, beberapa masalah, ia tidak dapat dinafikan,” kata jurulatih Portu- gal, Fernando Santos selepas kemenangan ke-50 beliau dari 80 perlawanan.

“Dalam separuh masa kedua, pasukan kurang inspirasi dan kelancaran permainan.”

Cristiano Ronaldo gagal menjaringk­an gol di stadium kelabnya, Juventus – selepas perlawanan berlangsun­g di gelanggang berkecuali kerana sekatan kawalan pergerakan ekoran COVID-19 – menyebabka­nnya masih kurang tujuh gol dari rekod gol antarabang­sa sepanjang zaman, 109 gol yang dijaringka­n Ali Daei dari Iran.

“Kami agak lama tidak bermain bersama,” tambah Santos. “Ia normal untuk kami menyesuaik­an diri tetapi kami sudah melakukan apa yang orang jangkakan dari kami; iaitu menang.

“Kami memenangi perlawanan dan walaupun ia adalah gol sendiri, kami selayaknya menang dengan gol lebih banyak lagi. Saya agak berpuas hati dengan prestasi pasukan walaupun masih ada ruang untuk peningkata­n. Masa depan kami agak memberangs­angkan.”

Portugal akan bertandang ke Serbia pada Sabtu ini dan Luxembourg tiga hari kemudian untuk dua lagi perlawanan kelayakan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? CARI GOL: Ronaldo (kiri) melakukan cubaan dari sepakan percuma pada perlawanan pembukaan kelayakan Piala Dunia 2022 di antara Portugal dan Azerbaijan di Stadium Juventus.
— Gambar AFP CARI GOL: Ronaldo (kiri) melakukan cubaan dari sepakan percuma pada perlawanan pembukaan kelayakan Piala Dunia 2022 di antara Portugal dan Azerbaijan di Stadium Juventus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia