Utusan Borneo (Sarawak)

Juara dunia seri 1-1 dengan Ukraine di laman sendiri

-

SAINT-DENIS: Antoine Griezmann menjaringk­an satu gol cantik tetapi juara bertahan, Perancis, diikat 1-1 di tempat sendiri oleh Ukraine ketika mereka memulakan kempen kelayakan Piala Dunia 2022 dengan hambar pada Rabu.

Griezmann membuka jaringan pada minit ke-19 sebelum Ukraine mengikat kedudukan dengan gol sendiri Presnel Kimpembe pada minit ke-57 perlawanan tanpa penonton di Stade de France.

Ia adalah satu keputusan yang menjejaska­n harapan Perancis dengan hanya juara kumpulan layak secara automatik ke Piala Dunia 2022 di Qatar.

Perancis akan berlepas ke Asia Tengah untuk menentang Kazakhstan pada perlawanan persahabat­an antarabang­sa Ahad ini sebelum ke Sarajevo untuk menentang Bosnia-Herzegovin­a pada Rabu minggu hadapan.

Perancis juga akan menentang Finland dalam Kumpulan D, dan dua gol Teemu Pukki menyaksika­n Finland seri 2-2 dengan Bosnia di Helsinki pada perlawanan lain pada Rabu.

“Kami boleh dan seharusnya menamatkan saingan dalam separuh masa pertama. Kami hilang sedikit tenaga dalam separuh masa kedua dan berdepan dengan pasukan yang bagus, walaupun gol mereka boleh dielakkan,” kata jurulatih Perancis, Didier Deschamps.

“Kami sememangny­a kecewa. Ia adalah langkah pertama, kami mempunyai dua lagi perlawanan yang juga bukan mudah selepas ini. Kempen kelayakan adalah panjang dan ia bukan perjalanan yang mudah.”

Lapan pemain yang bermain dalam kesebelasa­n utama di final Piala Dunia 2018 ketika menewaskan Croatia di Moscow, berada dalam kesebelasa­n utama Deschamps pad Rabu, dengan Kimpembe, Adrien Rabiot dan Kingsley Coman adalah muka baharu.

Seorang lagi bintang 2018, Paul Pogba, dimasukkan sebagai pemain gantian dalam separuh masa kedua selepas Ukraine mengikat kedudukan.

Griezmann menjaringk­an gol antarabang­sa ke-34 beliau dari 87 penampilan bersama Perancis.

Ukraine, dengan pasukan yang dibarisi enam pemain dari Dynamo Kiev, meningkatk­an asakan dan menebus rasa tidak adil dari gol pembukaan Perancis dengan mengikat kedudukan.

Ketika pertahanan Perancis bergelut mengekang pergerakan pemain Ukraine, Oleksandr Karavaev memintas bola di sayap kanan sebelum mengumpan kepada Serhiy Sydorchuk, yang melakukan satu rembatan kemas tetapi bola terkena Kimpembe dan masuk ke pintu golnya sendiri.

Ukraine, yang berada pada ranking ke-24 dunia dan akan beraksi di Euro 2020 pada bulan Jun, berharap untuk mengekalka­n rentak ini apabila menentang Finland di Kiev pada Ahad ini. — AFP

 ??  ?? DESCHAMPS
DESCHAMPS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia