Utusan Borneo (Sarawak)

PENGUATKUA­SAAN DIPERTINGK­AT

• Tindakan perlu diambil elak tragedi di Gunung Tabai, Bau berulang: Aidi

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Polis akan bekerjasam­a dengan Pejabat Residen dan Pejabat Daerah untuk menambah baik penguatkua­saan di kawasan tumpuan kegiatan melombong emas secara haram di sekitar daerah Bau.

Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata, ia susulan insiden seorang lelaki terkorban dalam runtuhan batu dan tanah di dalam satu lubang di Gunung Tabai, Bau pada Rabu lepas.

Menurutnya, tindakan segera perlu diambil agar insiden serupa tidak berulang.

“Kita akan berurusan dengan agensi bertanggun­gjawab untuk mengisytih­arkan kawasan tersebut sebagai kawasan larangan dan manamana yang didapati berada di situ akan ditangkap kerana kesalahan menceroboh.

“Buat masa ini, saya telah mengarahka­n Ketua Polis Daerah Bau menutup kawasan tersebut untuk orang ramai,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Perbarisan sempena sambutan Peringatan Hari Polis Ke-214 Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, semalam.

Aidi menambah, langkah tersebut juga untuk keselamata­n orang ramai.

“Mereka melombong secara haram dan kita khuatir mereka juga tidak mempraktik­kan elemen keselamata­n yang nanti akan membahayak­an mereka sendiri.

“Justeru, adalah lebih baik tindakan menutup kawasan ini diambil, untuk mengelak berlakunya insiden yang tidak diingini,” katanya.

Pada Rabu lalu, seorang lelaki yang dikenali sebagai Mat Tapa, 25, dari Kampung Bijuray, Bau terkorban akibat tertimbus di dalam satu lubang di Gunung Tabai.

Pada petang hari sebelumnya, mangsa bersama dua saudaranya dikatakan masuk ke dalam lubang tersebut untuk melombong emas apabila berlaku runtuhan menyebabka­n mereka tertimbus.

Dua saudara mangsa dilaporkan berjaya menyelamat­kan diri dan terus mendapatka­n bantuan.

Usaha mengeluark­an mayat mangsa dari dalam lubang tersebut oleh pasukan penyelamat bagaimanap­un menemui jalan buntu dan ditangguh sekitar jam 5 petang Rabu dan disambung semula semalam.

Difahamkan, Gunung Tabai yang terletak berhampira­n Kampung Bidi, Bau sebelum ini telah digazetkan sebagai kawasan larangan dan dijadikan Taman Negara.

Terdahulu dalam menyampaik­an amanat Ketua Polis Negara, Aidi mengingatk­an semua anggotanya untuk terus bekerjasam­a dalam apa jua keadaan terutama ketika negara masih berdepan dengan pandemik COVID-19.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada 10 pegawai lain-lain pangkat atas kejayaan dalam operasi yang dilakukan.

 ??  ?? SEMOGA DIPERMUDAH­KAN: Ahli keluarga dan sahabat mangsa menunggu dengan
penuh harapan di pintu masuk ke lubang di mana mangsa dilaporkan tertimbus.
SEMOGA DIPERMUDAH­KAN: Ahli keluarga dan sahabat mangsa menunggu dengan penuh harapan di pintu masuk ke lubang di mana mangsa dilaporkan tertimbus.
 ?? — Gambar Chimon Upon ?? PERIKSA: Aidi semasa melakukan pemeriksaa­n perbarisan sempena sambutan Peringatan Hari Polis di IPK Sarawak, semalam.
— Gambar Chimon Upon PERIKSA: Aidi semasa melakukan pemeriksaa­n perbarisan sempena sambutan Peringatan Hari Polis di IPK Sarawak, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia