Utusan Borneo (Sarawak)

COVID-19: 308 KES, DUA KEMATIAN DI SARAWAK SEMALAM

-

KUCHING: Kes harian baharu COVID19 di Sarawak meningkat kepada 308 kes semalam menjadikan jumlah keseluruha­n kini sebanyak 14,963 kes.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata, Daerah Serian merekodkan kes tertinggi (66) diikuti Bintulu (60) dan Sibu (58).

Lain-lain kes dikesan di Meradong (46), Miri (40), Kuching (11), Samarahan (8), Beluru (5), Betong (4), Kapit (3), Bukit Mabong (2), Julau (2), Sri Aman (2) dan Sebauh (1).

“Daripada 308 kes baharu yang dilaporkan, seramai 43 orang menunjukka­n tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.

“Manakala seramai 243 orang terdiri daripada individu yang diberikan arahan perintah kuarantin di pusat kuarantin yang disediakan,” katanya.

JPBNS turut memaklumka­n terdapat dua kes kematian baharu akibat COVID-19 semalam menjadikan jumlah kematian meningkat kepada seramai 101 orang.

Kes kematian ke-100 katanya, merupakan kes ke-9,605 melibatkan perempuan tempatan berumur 72 tahun yang menerima rawatan di Hospital Sibu.

Kes didapati positif COVID-19 menerusi ujian saringan pada 28 Februari 2021 dan disahkan meninggal dunia pada 24 Mac 2021.

Manakala, kes kematian ke-101 merupakan kes ke-14,314 melibatkan lelaki tempatan berumur 88 tahun yang turut menerima rawatan di Hospital Sibu.

“Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 25 Mac 2021,” katanya menambah kedua-dua kes kematian mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia