Utusan Borneo (Sarawak)

HABUAN, PIALA BUAT RAJA DOTA 2

Kejohanan Siri Pertama 2021 itu berlangsun­g di D-Arena, D-Virtual Park, Kota Samarahan pada 27&28 Mac

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Sebanyak 16 pasukan bakal berentap merebut kejuaraan DOTA 2 Championsh­ip Tournament Siri Pertama 2021 yang bakal berlangsun­g di D-Arena, D-Virtual Park, Kota Samarahan.

Presiden Kelab Sukan Elektronik Batang Sadong yang juga Ketua Marshall Serba Dinamik Dota 2 Championsh­ip Siri Pertama, Mohd Ehsan Wahab berkata kejohanan tersebut bermula hari ini.

“Kejohanan bagi peringkat kumpulan berlangsun­g

hari ini dan esok (27 dan 28 Mac).

“Manakala pusingan kalah mati pula akan berlangsun­g pada 3 dan 4 April depan di tempat yang sama (D-Arena, D-Virtual Park, Kota Samarahan),” katanya ketika dihubungi semalam.

Mohd Ehsan berkata, antara pasukan yang bakal menyertai kejohanan itu ialah Error 404 Gizmo Not Found, Dog Team, Vrallex Knight, Team Mask, Nguyen Team dan Team Random.

Turut serta Nguar Gaming, TheYeageri­st, Hvrvhara, Online Island Reborn, AGG Esport, ETEKI, ESG.Evil Shadow Gaming, Boop, 5 Dices dan Mystical Team.

“Bagi peringkat kumpulan, pasukan yang menang dalam satu perlawanan akan mendapat tiga mata.

“Pasukan yang berada pada kedudukan pertama dan kedua dalam peringkat kumpulan akan layak bermain di peringkat pusingan kalah mati,” jelasnya.

Menurut Mohd Ehsan, juara bagi kejohanan tersebut bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM5,000 dan piala.

Dalam pada itu, beliau memberitah­u kejohanan tersebut dianjurkan bagi menghidupk­an kembali suasana pertanding­an dota secara 'offline' di Sarawak.

“Selain itu, ia sebagai usaha mempromosi­kan D-Arena kepada pemain-pemain eSukan di negeri ini.

“Malah, kejohanan ini juga bertujuan mempromosi­kan D-Virtual Park, Kota Samarahan kerana ramai belum tahu kewujudan tempat permainan digital ini,” katanya.

Kejohanan ini juga bertujuan mempromosi­kan D-Virtual Park, Kota Samarahan kerana ramai belum tahu

” kewujudan tempat permainan digital ini.

Mohd Ehsan Wahab

Presiden Kelab Sukan Elektronik Batang Sadong

 ??  ??
 ??  ?? EHSAN
EHSAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia