Utusan Borneo (Sarawak)

Mayat Mat Tapa berjaya dikeluarka­n

MAYAT MAT TAPA BERJAYA DIKELUARKA­N

-

BAU: Mayat Mat Tapa yang tertimbus di dalam lubang di Gunung Tabai di sini berjaya dikeluarka­n oleh pasukan penyelamat sekitar jam 6.20 petang semalam.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon yang mana menurut beliau, mayat mangsa berjaya dialihkan daripada runtuhan batu dan tanah sekitar jam 4 petang.

Menurutnya, usaha mengeluark­an mayat mangsa dari lubang tersebut mengambil masa selama dua jam.

“Mayat berjaya dialihkan dari tempat dia tertimbus pada jam 4 petang dan mengambil masa selama dua jam iaitu sehingga jam 6.20 petang baru berjaya dikeluarka­n.

“Ini disebabkan laluan di dalam lubang tersebut sangat sempit dan banyak selekoh menyukarka­n pasukan operasi menarik keluar mayat mangsa,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau menambah, mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Bau untuk tindakan selanjutny­a.

“Keadaan mayat mangsa tidak sempurna dan kita telah bawa ke Hospital Bau untuk bedah siasat dan ujian COVID-19,” katanya.

Sementara itu, menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau Tawang Lingem, operasi ditamatkan pada jam 6.30 petang.

Operasi tersebut turut disertai penduduk kampung dan ahli keluarga mangsa.

Mat Tapa berusia 25 tahun dan berasal dari Kampung Bijuray di sini dilaporkan tertimbus dalam runtuhan batu dan tanah di dalam lubang tersebut pada Rabu lepas.

Mangsa semasa kejadian bersama dua lagi saudaranya masuk ke dalam lubang tersebut untuk menggali emas.

Dua lagi saudara mangsa dilaporkan selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.

 ??  ??
 ??  ?? OPERASI BERAKHIR: Mayat mangsa diusung keluar dari dalam lubang tersebut.
OPERASI BERAKHIR: Mayat mangsa diusung keluar dari dalam lubang tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia