Utusan Borneo (Sarawak)

PENGEDARAN DADAH TUMPAS

‘Runner’ terdesak bayar hutang along ditahan, syabu bernilai RM955,500 dirampas.

- Oleh Jeremy Lanson

KOTA SAMARAHAN: Seorang lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah garagara terdesak untuk melangsaik­an hutang dengan pemberi pinjaman wang tidak berlesen.

Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata, suspek yang berusia 31 tahun dan berasal dari Jalan Tuaran, Kota Kinabalu, Sabah ditangkap di kawasan Stutong, Kuching sekitar jam 9 pagi Rabu lalu.

Menurutnya, penangkapa­n suspek membawa kepada penemuan dadah jenis syabu yang dianggarka­n seberat 23.8 kilogram (kg) bernilai RM955,500.

“Suspek mulanya ditahan oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) kerana mencurigak­an selepas dilihat menyembuny­ikan sesuatu di kawasan semak berdekatan sebuah hospital swasta.

“Hasil pemeriksaa­n menemui satu bungkusan yang di dalamnya terdapat 18 peket plastik mengandung­i ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat kira-kira 145 gram,” ujarnya pada sidang media berhubung kejayaan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan, semalam.

Turut hadir Ketua JSJN Sarawak ACP Jasmirol Jamaluddin dan Timbalanny­a Superinten­den Wong Leong Meng.

Aidi berkata, pasukan serbuan dengan dipandu arah suspek kemudianny­a pergi ke sebuah pangsapuri di Jalan Batu Kawa.

“Hasil pemeriksaa­n, dijumpai sebuah beg bagasi mengandung­i 21 bungkusan ‘teh’ yang didapati berisi ketulan kristal disyaki syabu yang dibalut dengan ‘bubble wrap’ serta pita pelekat yang keseluruha­nnya seberat kira-kira 21.8kg.

“Pasukan serbuan juga menjumpai satu kotak polisterin­a yang di dalamnya didapati mengandung­i 141 plastik berisi ketulan kristal disyaki syabu seberat kira-kira 1.8kg,” katanya.

Tambahnya, kesemua dadah tersebut kemudian dirampas dan dijadikan barang kes.

“Siasatan awal mendapati suspek mula terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah sejak Disember 2020 atas alasan kerana perlu melangsaik­an hutang along sebanyak RM10,000,” katanya.

Difahamkan, suspek memasuki Sarawak pada 9 November 2020 dan dikuaranti­n selama 14 hari di sebuah hotel di Kuching.

“Sejak itu dia ditawarkan menjadi ‘runner’ aktiviti pengedaran dadah di sekitar Kuching,” katanya.

Bercakap mengenai modus operandi suspek, Aidi memberitah­u dia akan mendapatka­n bekalan dadah daripada seorang lelaki yang tidak dikenali dan hanya berhubung melalui telefon.

“Suspek akan membungkus dan mengedar dadah berdasarka­n permintaan melalui aplikasi media sosial dan akan meletakkan atau mencampakk­an dadah di satu lokasi.

“Suspek kemudian akan mengambil gambar lokasi tersebut dan menghantar­nya kepada seorang lelaki yang akan memaklumka­n kepada pelanggan di mana lokasi dadah tersebut diletakkan,” katanya.

Dedahnya juga, semua transaksi pembayaran hanya akan dibuat kepada individu tidak dikenali tersebut.

“Setakat ini, kita sudah berjaya mengenal pasti individu yang terlibat dan kita sekarang sedang memburunya.

“Maklumat juga telah disalurkan kepada Bahagian Risikan Antarabang­sa JSJN Bukit Aman dan JSJN Kontinjen Sabah,” jelasnya.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan jika sabit kesalahan.

“Suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau tetapi hasil saringan awal air kencing mendapati dia positif dadah jenis Ketamine menyebabka­n dia turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952,” tegas Aidi.

 ??  ?? KEJAYAAN BESAR: Aidi (dua kiri) menunjukka­n dadah yang dirampas daripada suspek pada sidang media, semalam. Turut kelihatan Jasmirol (kiri) dan Wong (dua kanan).
KEJAYAAN BESAR: Aidi (dua kiri) menunjukka­n dadah yang dirampas daripada suspek pada sidang media, semalam. Turut kelihatan Jasmirol (kiri) dan Wong (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia