Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki menyamar anggota polis direman empat hari

-

MIRI: Seorang lelaki yang ditangkap kerana disyaki menyamar sebagai anggota polis dari Cawangan Khas diperintah­kan Mahkamah Majistret supaya direman empat hari.

Perintah itu dikeluarka­n Majistret Leona Dominic Mojiliu setelah membenarka­n permohonan n rem anyang dikemukaka­n pegawai penyiasat Inspektor Akbal Singh Sandhu.

Dalam permohonan­nya, Akbal berkata bertindak atas maklumat diterima, sepasukan polis diketuai ASP Kevin Nuyau dari Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri telah pergi ke sebuah rumah di Lorong 9 Quadruplex Bandar Baru Permyjaya di sini untuk mengesan seorang lelaki yang menyamar sebagai anggota polis dari Cawangan Khas.

Setiba di rumah itu, mereka telah berjumpa dengan bapa suspek dan telah menerangka­n tujuan kedatangan mereka. Ketika itu, suspek telah keluar dari bilik dan menyerah diri.

Suspek mengaku ada menghantar e-mel kepada pihak pengurusan IPD Miri dengan kandungan e-mel yang menyatakan bahawa dia adalah anggota dari cawangan khas dan memohon pindah masuk ke flat di blok IPD Miri disebabkan dia kini menyewa bilik di Permyjaya dan tokan-tokan di sekitar kawasan itu telah mengetahui bahawa dia anggota polis.

Semasa tangkapan dibuat, polis telah merampas satu unit telefon bimbit daripada milik suspek untuk dijadikan barang kes.

Dalam permohonan lanjutnya, Akbal memberitah­u reman selama empat hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas suspek yang berusia 23 tahun dari Quadruplex Bandar Baru Permyjaya di sini amat diperlukan untuk membolehka­n polis menjalanka­n siasatan terperinci berhubung kes ini mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan.

Selain itu, polis masih memerlukan masa untuk menghantar suspek menjalani ujian saringan air kencing.

Mahkamah membenarka­n reman selama empat hari ke atas suspek sehingga 31 Mac ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia