Utusan Borneo (Sarawak)

Buat persediaan menjelang negara tua

Pertubuhan sukarela harus tampil adakan program bermanfaat untuk warga emas

- Oleh Jessica Jawing

Kita berharap agar pusat seperti ini menjadi pemacu kepada pusat aktiviti untuk warga emas yang lebih menumpukan kepada aktiviti yang merangsang memori dan

” minda.

Dato Sri Fatimah Abdullah

KUCHING: Lebih banyak pihak termasuk pertubuhan sukarela digalakkan bersama membantu mengadakan program bermanfaat untuk warga emas sebagai persediaan ke arah negara tua.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, Malaysia menuju kepada satu fasa yang digelar negara tua yang mana bilangan warga emas berumur 60 tahun ke atas dianggarka­n 15 peratus daripada populasi menjelang 2030.

“Maka itu, kini tepat pada masanya kita perlu bersiap sedia dengan status negara tua ini.

“Di negara kita, kerajaan telah menyediaka­n dasar kepada warga tua bagi memastikan penjagaan kesihatan lebih berkesan termasuk warga emas yang sihat, produktif yang masih boleh menyumbang kepada negara dan warga emas berkualiti,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa lawatan ke Happy Longevity Welfare Society yang dihadiri Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

Datuk Francis Harden Hollis dan Pengerusi Happy Longevity Welfare Society Annie Chua di sini, semalam.

Sehubungan itu beliau amat mengalu-alukan penubuhan persatuan seperti Happy Longevity Welfare yang turut memberi keutamaan kepada golongan warga emas dari segi kesihatan, memori dan minda mereka.

Katanya, usaha berkenaan selari dengan usaha kerajaan ke arah persiapan negara tua menjelang 2030.

“Kita berharap agar pusat seperti ini menjadi pemacu kepada pusat aktiviti untuk warga emas yang lebih menumpukan kepada aktiviti yang merangsang memori dan minda.

“Selain itu, ia seiring dengan perkembang­an teknologi digital pada masa ini yang dapat membantu golongan warga emas turut merasai serta mengguna pakai teknologi yang membawa manfaat kepada kesihatan dan kesejahter­aan mereka,” katanya.

Beliau berkata, Happy Longevity Welfare Society merupakan satu platform untuk menyebarlu­askan perkhidmat­an kementeria­n amnya dan jabatan khususnya kepada golongan sasar.

Pada masa yang sama, Fatimah turut menyaranka­n kepada mana-mana mereka yang mahu menubuhkan pertubuhan sukarela agar mendaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) bagi membolehka­n mereka mendapatka­n manfaat disediakan kerajaan.

Katanya, dengan mendaftar dengan ROS mereka boleh membuat permohonan geran diberikan kerajaan menerusi Jabatan Kebajikan untuk melaksanak­an aktiviti atau program golongan sasar.

 ??  ?? TERUJA: Fatimah diiringi Annie (dua kiri) mengadakan lawatan di sekitar premis Happy Longevity Welfare Society yang mesra warga emas. Turut kelihatan Harden (kanan).
TERUJA: Fatimah diiringi Annie (dua kiri) mengadakan lawatan di sekitar premis Happy Longevity Welfare Society yang mesra warga emas. Turut kelihatan Harden (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia