Utusan Borneo (Sarawak)

Pemuda PBB kesal pendaftara­n pemilih automatik, Undi 18 ditangguh

-

KUCHING: Sayap Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) kesal dengan pengumuman Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) yang menangguhk­an pendaftara­n pemilih automatik dan kelayakan mengundi pada usia 18 tahun.

Pemuda PBB termasuk Ketua Pemudanya Gerald Rentap Jabu serta Fazzrudin Abdul Rahman (ADUN Tupong), Aidel Lariwoo (ADUN Sadong Jaya), Miro Simuh (ADUN Serembu), Alan Siden Gramong (ADUN Machan) dan Ahli Parlimen Sibuti, Lukanisman Awang Sauni dalam kenyataan bersama semalam berkata demikian mengulas mengenai pengumuman SPR berkenaan.

“Penangguha­n pelaksanaa­n Undi 18 akan menyebabka­n jutaan pemilih yang layak antara usia 18 dan 20 tahun serta mereka yang berusia 21 tahun ke atas yang belum mendaftar, ketinggala­n.

“Kami berharap SPR dapat mempercepa­tkan Undi 18 agar tepat pada waktunya untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum akan datang,” kata mereka.

Sayap Pemuda berkata, tambahan pula pindaan Perlembaga­an persekutua­n untuk menurunkan usia mengundi kepada 18 tahun dan menjadi calon telah diluluskan sebulat suara di Parlimen pada 16 Julai 2019.

Manakala di Sarawak, Rang Undang-Undang untuk meminda Artikel 16 Perlembaga­an Negeri bagi menurunkan usia minimum yang diperlukan seseorang untuk menjadi wakil rakyat berumur 21 hingga 18 tahun telah disahkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 12 November tahun lalu.

“Kerajaan negeri Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengalu-alukan penyertaan para belia dalam politik dan juga dalam proses demokrasi.

“Kepentinga­n dan aspirasi para belia sangat penting untuk melindungi masa depan Sarawak.

“Golongan muda mesti dibenarkan menggunaka­n hak demokrasi mereka mengikut Perlembaga­an persekutua­n yang dipinda,” kata Pemuda PBB.

Pemuda PBB berkata, negara memerlukan golongan berkenaan terlibat dalam proses demokrasi, menanamkan minat dalam politik untuk mempersiap­kan mereka membuat keputusan kritikal sebagai pemimpin masa depan.

Kelmarin, dilaporkan pendaftran pemilih automatik dan kelayakan mengundi pada usia 18 tahun dijangka hanya mampu dilaksanak­an selepas 1 September tahun depan.

Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, pihaknya harus bersikap realistik dengan perkembang­an dan situasi semasa negara ketika ini yang secara umumnya masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19.

Secara tidak langsung katanya, situasi sedemikian menjejaska­n perancanga­n dan persiapan SPR menjayakan pendaftara­n pemilih automatik serta Undi 18 yang sebelum ini sepatutnya dijangka dilaksanak­an Julai depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia