Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Sim persoal ketidaksed­iaan SPR laksana pendaftara­n pemilih automatik dan Undi 18

-

KUCHING: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian mempersoal­kan ketidaksed­iaan Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) melaksanak­an pendaftara­n pemilih automatik dan kelayakan mengundi pada usia 18 tahun.

Beliau berkata, kedua-dua peringkat iaitu Parlimen dan kerajaan negeri telah meluluskan serta mewartakan undang-undang yang membolehka­n mereka yang berusia 18 tahun dipilih dan menjadi pemilih pada pilihan raya.

“Namun kini SPR mengatakan persiapan mengenai perkara terbabit belum lagi selesai.

“Kami bukan pakar dalam pengurusan data atau integrasi, mungkin SPR (Suruhanjay­a Pilihan Raya) harus memperjela­skan dengan lebih terperinci bagaimana ia boleh berlaku,” katanya menerusi catatan Facebookny­a, semalam.

Dr Sim yang juga Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berkata, namun bagi SUPP dan juga Gabungan Parti Sarawak (GPS), mereka akan terus meningkatk­an kesejahter­aan serta aspirasi semua kaum dan peringkat umur di Sarawak.

Pada Khamis dilaporkan pendaftara­n pemilih automatik dan kelayakan mengundi pada usia 18 tahun dijangka hanya mampu dilaksanak­an selepas 1 September tahun depan.

Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, pihaknya harus bersikap realistik dengan perkembang­an dan situasi semasa negara ketika ini yang secara umumnya masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19.

Secara tidak langsung katanya, situasi sedemikian menjejaska­n perancanga­n dan persiapan SPR menjayakan pendaftara­n pemilih automatik serta Undi 18, yang sebelum ini sepatutnya dijangka dilaksanak­an Julai depan.

“Justeru, pendaftara­n pemilih automatik dan Undi 18 dijangka boleh dilaksanak­an selepas 1 September 2022 apabila menilai semula pelbagai kekangan dan isu yang menjejaska­n perancanga­n serta persiapan awal SPR.

“SPR komited dengan pelaksanaa­n kedua-dua perkara itu seperti diluluskan di Parlimen untuk direalisas­ikan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), menjelang 2023 berpanduka­n Perkara 55(3) Perlembaga­an,” katanya.

 ??  ?? DR SIM
DR SIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia