Utusan Borneo (Sarawak)

Membangun dengan kelestaria­n hutan

Kerajaan akan melabur dalam penanaman semula pokok di kawasan yang ditebang

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan melabur dalam penanaman semula pokok di kawasan yang telah ditebang selepas pandemik COVID-19.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kawasan yang telah ditebang akan ditanam semula dengan pokok yang dapat tumbuh cepat dan menjadi bahan untuk industri hiliran.

“Sekarang ini, Jabatan Hutan Sarawak dan agensi sedang merangka draf polisi untuk kita, bagi mencapai sasaran sebagai negeri hijau.

“Dasar kita adalah dalam usaha kita membangun, kita pastikan kelestaria­n hutan kita juga dijaga dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Hari Hutan Antarabang­sa 2021 Peringkat

Ketua Menteri

Negeri Sarawak di Taman Tasik Bukit Siol, DBKU di sini semalam.

Terdahulu dalam ucapan Abang Johari berkata, Sarawak penyumbang tertinggi iaitu 42 peratus atau 7.7 juta hektar daripada keseluruha­n liputan hutan negara.

Bagi menyokong program restorasi ini, kerajaan negeri telah meluluskan RM62 juta kepada Jabatan Hutan Sarawak untuk melaksanak­an program-program restorasi dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

“Negara punya hasrat untuk tanam 100 juta pokok menjelang 2025. Kita di Sarawak telah tanam tiga juta pokok.

“Sasaran kita adalah untuk satu juta hektar kawasan ditanam semula sehingga 2025 di mana setakat ini lebih daripada 500,000 hektar telah ditanam,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Abang Johari berkata kerajaan negeri bersetuju untuk kawasan Taman Tasik Bukit Siol, DBKU dijadikan sebagai satu lagi rizab semula jadi.

Ini bermakna katanya, kawasan ini akan menjadi kawasan hutan dalam bandar untuk kawasan Petra Jaya seperti yang ada di Stutong.

“Tempat ini akan menjadi rizab semula jadi dengan pelbagai spesies pokok untuk ditanam termasuk buluh.

“Saya rasa jika dijaga dengan baik, kawasan ini akan jadi lebih baik dari Taman Botani FRIM, Kepong di Selangor,” katanya menambah kawasan ini mempunyai banyak manfaat sebagai lokasi penggambar­an.

Pada majlis itu, Abang Johari turut menyaksika­n pertukaran Memorandum Persefaham­an (MoU) yang ditandatan­gani antara Jabatan Hutan Sarawak dan Sarawak Energy Berhad, Sime Darby Plantation dan Universiti Putra Malaysia.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Muda Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua Datu Len Talif Salleh, Pengarah Hutan Sarawak Datu Hamden Mohammad serta yang lain.

Dasar kita adalah dalam usaha kita membangun, kita pastikan kelestaria­n

” hutan kita juga dijaga dengan baik.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? TERTARIK: Abang Johari (tengah) melawat pameran sempena sambutan Hari Hutan Antarabang­sa 2021 Peringkat Negeri Sarawak di Kuching semalam.
— Gambar Chimon Upon TERTARIK: Abang Johari (tengah) melawat pameran sempena sambutan Hari Hutan Antarabang­sa 2021 Peringkat Negeri Sarawak di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia