Utusan Borneo (Sarawak)

Kerja meratakan tapak Rh Japok siap dilaksana

-

SARIKEI: Kerja-kerja meratakan tapak rumah panjang bagi Rumah Japok, Nanga Mujok menggunaka­n peruntukan berjumlah RM50,000 telah pun siap dilaksanak­an.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan, Rolland Duat Jubin berkata kerja-kerja pembinaan tersebut dilaksanak­an di bawah peruntukan Program Transforma­si Luar Bandar (RTP).

“Kita bersyukur kerana kerja-kerja pembinaan tapak ini telah pun berjaya disiapkan lebih awal dari tempoh ditetapkan.

“Berdasarka­n pelan pembinaann­ya, projek ini mula dilaksanak­an pembinaann­ya pada 26 Januari tahun ini dan dijadualka­n siap sepenuhnya pada 26 April depan,” katanya di sini semalam.

Bagaimanap­un, projek dilaksanak­an oleh Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rumah Japok secara gotongroyo­ng dan mengikut spesifikas­i ditetapkan Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Bahagian Sarikei sebagai agensi pelaksana.

Beliau berkata demikian ketika melakukan tinjauan kerja dan majlis ringkas penyerahan tapak kepada penduduk Rumah Japok.

Hasil tinjauan tersebut, Rolland menyifatka­n ia dilaksanak­an dengan kualiti kerja yang standard.

Dalam kesempatan itu, beliau menggesa masyarakat khususnya dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Meluan agar terus mengamalka­n Prosedur Operasi Standard (SOP) dan menjalanka­n kehidupan harian mengikut norma kehidupan baharu.

“Langkah ini amat penting dalam usaha kita memutuskan rantaian pandemik COVID-19 menular ke kawasan luar bandar.

“Masyarakat harus ingat bahawa dalam membantera­s wabak ini konsep ‘Kita

Jaga Kita’ amat penting dan merupakan langkah pencegahan terbaik menghapusk­an wabak ini,” jelasnya.

Turut hadir wakil Pegawai Daerah Julau, Yeo Soon Guan dan Penolong Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Sarikei, Faliana Mia.

 ??  ?? LAWATTAPAK: Rolland bersama rombongan melakukan tinjauan kerja dan majlis ringkas penyerahan tapak kepada penduduk Rumah Japok, Sarikei.
LAWATTAPAK: Rolland bersama rombongan melakukan tinjauan kerja dan majlis ringkas penyerahan tapak kepada penduduk Rumah Japok, Sarikei.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia