Utusan Borneo (Sarawak)

MBM tetapkan beberapa peraturan untuk spa refleksolo­gi, pusat urutan kaki dan karaoke

-

MIRI: Sektor spa, refleksolo­gi, pusat urutan kaki dan karaoke di sini yang dibenarkan beroperasi mulai hari ini perlu mematuhi beberapa peraturan yang ditetapkan Majlis Bandaraya Miri (MBM).

Datuk Bandar Miri Adam Yii Siew Sang berkata, ini termasuk mendapatka­n kebenaran beroperasi semula secara bertulis daripada Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Miri (JPBBM).

Beliau berkata, MBM akan melakukan pemeriksaa­n premis untuk memastikan operasi mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Jika MBM berpuas hati dan mengesahka­n premis itu boleh beroperasi, barulah

JPBBM akan mengeluark­an notis kelulusan.

“Notisinipe­rludipamer­kan di pintu masuk atau kaunter premis bagi membolehka­n pemantauan dilakukan dari semasa ke semasa,” katanya menerusi satu kenyataan di sini semalam.

Selain itu, operator dan pekerja perlu menjalani ujian rT-PCR dan keputusan ujian perlu diperolehi sekurangku­rangnya tiga hari sebelum operasi dibuka semula.

Yii menambah, pengimbasa­n suhu badan di pintu masuk premis untuk semua yang memasuki premis termasuk kakitangan, pekerja, pembekal dan pelanggan adalah wajib.

“Semua pelanggan wajib memakai pelitup muka.

Selain itu, penggunaan pendaftara­n menggunaka­n aplikasi MySejahter­a di pintu masuk premis untuk semua,” katanya.

Operator juga diminta menyediaka­n kemudahan mencuci tangan termasuk sabun, pensanitas­i tangan di bahagian pintu masuk, kaunter dan bilik.

Kebenaran untuk empat sektor terbabit beroperasi semula diputuskan Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam mesyuarat kelmarin.

Ia sebagai usaha JPBNS memulihkan semula ekonomi yang terjejas sepanjang penutupan operasi empat sektor terbabit berikutan COVID-19.

Garis panduan SOP bagi pembukaan sektor ekonomi ini boleh diperolehi dari laman web Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak (mlgh. sarawak.gov.my).

Yii menambah, MBM akan memeriksa setiap premis dari semasa ke semasa dan memaklumka­n JPBBM pematuhan operasi.

 ??  ?? PANTAU: Huang melakukan tinjauan kerja ke beberapa lokasi projek naik taraf jalan di sekitar Sarikei, kelmarin.
PANTAU: Huang melakukan tinjauan kerja ke beberapa lokasi projek naik taraf jalan di sekitar Sarikei, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia