Inisiatif rapatkan jurang digital rakyat
Kemudahan WS dilancar di Kampung Sambir, usaha tingkat komunikasi diteruskan
“
Kerajaan negeri juga telah memohon kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk memberi lesen kepada Sarawak bagi membolehkan kerajaan negeri membangunkan Internet jalur lebar di kawasan
” tertentu.
Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah
KUCHING: Kemudahan WiFi Saluran (WS) dilancarkan di Kampung Sambir, Asajaya semalam dalam usaha merapatkan jurang digital di kampung berkenaan.
Inisiatif Lembaga Multimedia Sarawak (SMA), majlis pelancaran WS itu dihadiri oleh Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.
Dalam ucapan pelancarannya, Abdul Karim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya berkata, SMA telah menyediakan pelan pembangunan telekomunikasi di kawasan Sambir bagi membolehkan penduduk menikmati perkhidmatan komunikasi berkualiti.
“Sebelum ini, saya telah berbincang dengan pihak Telekom Malaysia dan SMA untuk memperluaskan lagi rangkaian fiber optik di Bahagian Samarahan terutama kawasan persisiran termasuk di Daerah Asajaya.
“Inisiatif ini bertujuan untuk menyelesaikan masalah jaringan perkhidmatan jalur lebar terutama di kawasan Sambir,” katanya pada Majlis Pelancaran WS dan
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan
Sesi Taklimat Telekomunikasi Bahagian Samarahan di Kampung Sambir, Asajaya semalam.
Abdul Karim yang juga Menteri Belia dan Sukan turut menjelaskan, walaupun banyak menara telah dibina, namun perkhidmatan telekomunikasi masih lemah kerana tiada piring pemancar.
Bagi mengatasi masalah ini katanya, SMA menyediakan kemudahan WS dengan pemasangan melibatkan 200 kawasan termasuk Kampung Sambir.
Projek WS ini merangkumi pemasangan 200 Terminal Aperture Sangat Kecil (VSAT) kepada projek 300 menara telekomunikasi pertama di seluruh negeri, katanya.
“Kita berterima kasih kepada kerajaan negeri Sarawak yang menyasarkan liputan penuh Internet ke seluruh Sarawak menjelang 2025.
“Setakat ini kerajaan kita telahpun membina lebih 170 menara telekomunikasi daripada 300 buah yang disasar di bawah projek oleh SMA.
“Kerajaan negeri juga telah memohon kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk memberi lesen kepada Sarawak bagi membolehkan kerajaan negeri membangunkan Internet jalur lebar di kawasan tertentu,” katanya.
Beliau turut memberi penghargaan kepada SMA atas perhatian mengenai permasalahan serta penjelasan berkenaan jaringan telekomunikasi di Sambir serta pelan pembangunan telekomunikasi di Bahagian Samarahan.
Hadir sama Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang dan Pengurus Besar SMA Dr Zaidi Razak.