Utusan Borneo (Sarawak)

Serangan udara bunuh enam di timur laut Mali

-

BAMAKO: Enam orang terbunuh di timur laut Mali kelmarin dalam keadaan yang dipertikai­kan, dengan pasukan tentera Perancis menyatakan serangan udara menyasarka­n pelampau dan penduduk tempatan menyatakan mereka yang maut adalah pemburu muda.

Ia adalah kali kedua dalam tempoh beberapa bulan di mana serangan udara telah membawa kepada versi bertentang­an bagi apa yang telah berlaku.

Enam belia dari Talataye telah dikebumika­n kelmarin selepas terbunuh dalam satu serangan, menurut penduduk tempatan.

Datuk Bandar Mohamed Assaleh Ahmad memberitah­u AFP empat orang berusia bawah 16 tahun sementara dua lagi berusia di antara 18 dan 20 tahun.

“Ini merupakan sekumpulan pemuda, termasuk beberapa orang yang bawah umur, telah memutuskan untuk berada di luar kampung Talataye pada hari tersebut menunggang tiga motosikal dan bersenjata­kan selaras raifal memburu bagi menembak arnab dan ayam hutan,” katanya.

“Kira-kira jam 10.30 pagi waktu tempatan, beberapa saksi di sekitar melaporkan letupan dan mendakwa telah melihat beberapa pesawat di udara. Ia adalah mustahil untuk mengetahui sekiranya ia adalah pesawat Perancis atau tidak,” tambahnya.

Seorang ahli majlis perbandara­n menyatakan beliau melihat sebuah dron menembak barat Talataye.

Pasukan antipelamp­au Barkhane di Perancis mengeluark­an satu kenyataan mengenai apa yang kelihatan sebagai insiden yang sama, menyatakan perisikan dan pemeriksaa­n identiti menunjukka­n kehadiran sebuah kumpulan bersenjata.

Ia berkata ia “melancarka­n serangan bagi meneutralk­an” kumpulan tersebut, ketika turut mengesahka­n tiga motosikal telah dimusnahka­n. Ia tidak menyatakan berapa ramai orang yang terkorban.

Ia adalah tidak mudah untuk segera mengesahka­n kejadian di tempat terpencil dan berbahaya itu.

Persoalan turut dibangkitk­an pada Januari mengenai satu serangan di Bounti di tengah Mali, dengan penduduk kampung dan sebuah pertubuhan mendakwa serangan udara ke atas sebuah majlis perkahwina­n telah mengorbank­an kira-kira 20 orang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia