Utusan Borneo (Sarawak)

Masih terlalu awal untuk menilai keberkesan­an RCEP: Azmin

-

SHAH ALAM: Masih terlalu awal untuk menilai keberkesan­an Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehens­if Serantau (RCEP) dengan menyatakan bahawa ia tidak akan memberi kebaikan kepada Malaysia, kata Menteri Kanan yang juga Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

RCEP yang dijadual diratifika­si pada tahun 2022 bakal menyediaka­n akses pasaran lebih besar kepada pemain tempatan dan peluang untuk mereka lebih berdaya saing di peringkat global, katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan oleh

Global Developmen­t Policy Centre of Boston University yang menyatakan jumlah perdaganga­n negara akan menurun sebanyak 36 peratus setahun selepas pelaksanaa­n RCEP.

“15 anggota RCEP mewakili satu pertiga daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), justeru dengan memberi pendapat bahawa prestasi perdaganga­n Malaysia akan merosot...saya rasa terlalu awal untuk menyatakan­nya kerana RCEP membuka laluan akses pasaran yang lebih besar,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Rapat Malaysia

Prihatin peringkat Negeri Selangor di sini semalam.

Penganjura­n Rapat Malaysia Prihatin yang diadakan pada semalam memberi peluang kepada komuniti ekonomi di Selangor untuk mendapat maklumat terkini mengenai inisiatif Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) dan agensinya dalam membantu melonjakka­n ekonomi negeri tersebut.

Terdahulu Azmin dalam ucapan pada majlis itu berkata, lebih daripada 662,000 pekerja dan 78,000 majikan di Selangor telah diselamatk­an melalui Inisiatif Subsidi Upah dengan bayaran sebanyak RM3.28 bilion.

“Seramai 1.8 juta rakyat Selangor dalam kalangan B40 dan M40 telah menerima Bantuan Prihatin Nasional berjumlah RM2.8 bilion. Selain itu, kerajaan juga membela nasib hampir 180,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Selangor melalui Geran Khas Prihatin (GKP) berjumlah RM532 juta.

“Kira-kira 9,000 peniaga kecil di Selangor dibantu dengan pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) bernilai RM136 juta,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia