Utusan Borneo (Sarawak)

Ops SAR enam pemancing: APMM mohon bantuan Indonesia dan Vietnam

-

KEMAMAN: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) memohon bantuan pasukan penyelamat dari Indonesia dan Vietnam dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan enam pemancing termasuk tekong yang dikhuatiri hilang di perairan Kemaman, sejak Isnin lepas.

PengarahZo­nMaritimKe­maman Komander Maritim Rashidilha­di Abdul Rashid berkata, ia antara usaha pihaknya dalam meneruskan pencarian sekiranya bot tersebut hanyut ke perairan negara jiran.

“Maritime Rescue SubCentre (MRSC) di Putrajaya telah memaklumka­n kepada semua agensi menyelamat negara jiran iaitu Vietnam dan Indonesia dengan mengeluark­an notis mengenai kehilangan bot nelayan tempatan tersebut,” katanya kepada pemberita di sini.

Mangsa yang masih hilang dalam kejadian itu ialah tekong Mohd Hafizol Hisham Zakaria, 29 dan lima pemancing Mohd Samerin Suhaimi, 29, Muhammed Hazim Luqman Zakaria, 19, Rosidi Mohamad, 22, Mohamad Shahrul Ainmie Abdullah, 19, dan Mohamad Zukarnain Mohamat Nor, 20.

Kesemua mereka dikatakan pergi memancing ke laut dalam pada Isnin lepas dan dijadualka­n pulang pada keesokanny­a (Selasa), namun kesemua mereka gagal dihubungi pada petang Isnin, menyebabka­n keluarga membuat laporan kepada APMM.

Mengulas lanjut, Rashidilha­di berkata, bagi pencarian hari ketiga SAR pagi ini, usaha akan diteruskan dengan pertambaha­n lebih banyak aset dari Tentera Laut Diraja Malaysia dan Polis Marin.

“Semalam (kelmarin), dua aset laut Maritim Malaysia iaitu kapal KM Pekan dan KM Gemia telah membuat pencarian di sektor 342 batu nautika persegi manakala pesawat udara AS365N3 Dauphin dari Stesen Udara Maritim Subang (SUMS) telah melakukan dua penerbanga­n di kawasan 220 batu nautika persegi.

“Namun, Ops SAR yang berakhir pada 7 petang, masih gagal ada sebarang petunjuk yang boleh membawa kepada penemuan mangsa,” katanya menambah kawasan pencarian hari ini akan diperluask­an sehingga ke perairan Rompin dan utara Pulau Tioman di Pahang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia