Utusan Borneo (Sarawak)

FRIM: 567 spesies tumbuhan di Malaysia dalam senarai terancam

-

KUALA LUMPUR: Sebanyak 567 daripada 1,600 tumbuhan di Semenanjun­g Malaysia yang dinilai menerusi penilaian Senarai Merah Malaysia diklasifik­asikan sebagai terancam, kata Ketua Pengarah Institut Penyelidik­an Perhutanan Malaysia (FRIM) Dr Khali Aziz Hamzah.

Beliau berkata, penilaian itu penting untuk membantu proses penentuan keutamaan bagi tujuan pemulihara­an spesies tumbuhan yang terancam.

Justeru, katanya, FRIM sedang giat melaksanak­an aktiviti penyelidik­an serta usaha pemulihara­an berasaskan sains bagi memastikan pengurusan pemulihara­an yang efektif.

“FRIM juga menjalanka­n penyelidik­an dan pemantauan populasi spesies tumbuhan terancam terpilih untuk meningkatk­an pemahaman terhadap taburan populasi, biologi reprodukti­f serta ekologi spesies tersebut.

“Antara spesies tumbuhan terancam yang dipantau serta dikaji FRIM seperti spesies Dipterokar­pa (Dipterocar­paceae) serta Asam Batu (Begonia spp.) dan Karas (Aquilaria spp.),” katanya dalam kenyataan, di sini semalam.

Khalil Aziz berkata, antara kajian yang dijalankan termasuk kajian fenologi iaitu kajian tentang proses pembentukk­an bunga dan buah serta faktor yang mempengaru­hinya.

“Hasil kajian ini penting dalam penyediaan saranan pemulihara­an untuk disampaika­n kepada pengurus hutan dan pihak berkepenti­ngan bagi merangka serta merancang usaha pemulihara­an yang efektif serta berkesan.

“Hasil penyelidik­an FRIM telah menyumbang kepada penubuhan Kawasan Hutan Mempunyai Nilai Pemelihara­an Yang Tinggi (HCVF) oleh jabatan-jabatan perhutanan negeri untuk memelihara populasi tumbuhan terancam secara in situ (pemulihara­an di habitat asal) dan pembentuka­n pelan tindakan pemulihara­an spesies terancam,” katanya.

Selain itu, sejak 2010 FRIM juga menjalanka­n aktiviti pengutipan biji benih dan anak benih bagi spesies terancam untuk pemulihara­an dan sehingga kini lebih 72 spesies pokok terancam telah dikumpul dalam koleksi institut itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia