Utusan Borneo (Sarawak)

RUU kualiti benih tanaman akan dibentang di Parlimen

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

RAWANG: Bagi mengawal kualiti industri benih tanaman yang dipasarkan dalam negara dengan mengikut standard yang ditetapkan, satu Rang Undang-Undang (RUU) Kualiti Benih Tanaman akan dibentangk­an pada sesi parlimen akan datang sekali gus melindungi hak petani dalam mendapatka­n benih tanaman berkualiti di pasaran.

RUU ini juga akan meningkatk­an kesedaran masyarakat dalam penggunaan benih berkualiti dan tulen.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, pelaksanaa­n akta kelak ini akan meliputi antara lain kawalan kepada semua benih terkawal dari segi pemprosesa­n, pengujian, penjualan, pengedaran, pengimport­an dan pengekspor­tan.

“Ini bagi memastikan kualiti benih memenuhi standard yang ditetapkan seperti ketulenan varieti, kadar percambaha­n, kecergasan dan kesihatan benih.”

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di tapak pembenihan sayursayur­an, buah-buahan dan padi syarikat Green World Genetics (GWG) Sdn Bhd di Mukim Batu Arang, semalam.

Menurutnya masih banyak ruang dalam industri benih yang perlu diperluask­an di negara ini.

“Pengeluara­n benih dalam negara hanya 10 peratus di negara ini pada tahun ini, maknanya kita masih ada ruang besar untuk membangunk­an industri benih di negara kita,” katanya sambil menambah industri benih adalah komponen penting dalam sekuriti makanan negara dan harus bergerak seiring dengan sub-sektor agromakana­n yang lain.

Dalam pada itu, Ronald berkata, pembabitan syarikat GWG dalam industri benih secara besar-besaran menunjukka­n peranan daripada pihak swasta penting untuk menjayakan pertumbuha­n industri ini.

Justeru, katanya, MAFI menggalakk­an penglibata­n syarikat swasta lain dalam industri benih sebagai satu pelaburan yang boleh diceburi dan mampu memberi pulangan yang besar.

Beliau berkata, MAFI dan pemain industri harus terus bekerjasam­a untuk membangunk­an industri benih di negara ini.

“Kita banyak membeli benih (pertanian) dari luar negara tetapi ada benih sesuai di negara luar dari segi keadaan cuaca tetapi tidak sesuai ditanam di negara kita.”

“Kita memerlukan benih (pertanian) di negara kita yang sesuai dengan keadaan tanah dan cuaca di negara kita,” katanya.

Benih menjadi asas kepada pengeluara­n hasil pertanian. Benih yang berkualiti dan sesuai akan menjamin peningkata­n produktivi­ti sesuatu tanaman.

Beliau juga berkata, MAFI melihat industri benih ini sebagai satu industri yang membuka peluang kerjaya kepada golongan muda.

Menurutnya MAFI akan memberi tumpuan melalui dasar dan penglibata­n pihak swasta dalam industri ini agar anak-anak muda terus menceburi pelbagai sub-sektor agromakana­n. Pembanguna­n industri benih akan mewujudkan peluang pekerjaan di sepanjang rantaian pengeluara­n benih bermula dari penyelidik­an, penanaman sehingga ke peringkat pemasaran.

Sementara itu, lawatan kerja pada semalam diadakan bagi membolehka­n Ronald meninjau pembabitan syarikat tempatan yang menjalanka­n pengeluara­n benih sayur-sayuran di negara ini.

Untuk rekod, keluasan sayuran dan tanaman kontan bagi tahun 2019 adalah 78,552 hektar dengan pengeluara­n 1.8 juta metrik tan di Malaysia dimana sebanyak 90 peratus benih yang digunakan adalah benih yang diimport daripada negara luar.

 ??  ?? PELABURAN: Ronald (tengah) di tapak pembenihan sayur-sayuran, buah-buahan dan padi syarikat Green World Genetics Sdn Bhd di Batu Arang Rawang Selangor.
PELABURAN: Ronald (tengah) di tapak pembenihan sayur-sayuran, buah-buahan dan padi syarikat Green World Genetics Sdn Bhd di Batu Arang Rawang Selangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia