Hamilton teruja untuk menyertai perlumbaan GP F1 musim depan
MANAMA: Lewis Hamilton pada Khamis mengkritik andaian bahawa beliau hendak meraih kejuaraan kelapan dan kemudian bersara.
Sebaliknya, beliau menyatakan keterujaan untuk menyertai musim depan dan juga terus berlumba dalam era baharu tahun akan datang selepas banyak perubahan polisi.
“Dalam posisi saya sekarang, saya tidak rasa ini ialah penghujungnya,” katanya, menafikan spekulasi meluas bahawa beliau sudah bersedia untuk berhenti.
“Bagi saya ini nampak seperti musim yang paling teruja setakat ini – kita ada pasukan baharu, format baharu dan ia semakin hampir. Saya tidak rasa saya berada di penamat, tetapi dalam lapan bulan akan datang saya akan tahu sama ada saya sudah bersedia untuk berhenti atau pun tidak.”
Bercakap tentang perlumbaan pembuka musim pada hujung minggu ini Grand Prix Bahrain, juara tujuh kali itu memberi respon kepada laporan yang menyatakan Mercedes sedia menandatangani Max Verstappen dari Red Bull dan George Russell dari Williams untuk menggantikannya dan rakan sepasukan Valtteri Bottas.
Keterangan ketua pasukan McLaren, Zak Brown telah banyak diperkatakan apabila beliau percaya keputusan Hamilton untuk menandatangi hanya kontrak setahun dengan Mercedes menandakan perubahan akan datang.
Namun Hamilton bercakap dengan ceria tentang dirinya dan masa hadapan sukan.
“Sudah tentu, kita ada perubahan yang bakal berlaku tahun hadapan yang mengujakan,” tambahnya sebelum mengakui beliau tidak merasakan pasukan Mercedes memulakan musim ini sebagai yang terpantas.
“Setiap tahun, ada kebarangkalian yang tidak dikenal pasti, namun kami lebih memahami apa yang terjadi dengan kereta kami.
“Ia amat menerujakan kami sebagai sepasukan. Kini kami bukanlah yang terpantas. Tetapi bagaimana kami akan bekerjasama? Bagaimana kami akan bersatu untuk mencapai apa yang kami mahukan?
“Bagi saya, saya teramat teruja dengan cabaran itu. Melihat kumpulan lain secara dekat, ia akan menjadi menarik untuk peminat, namun saya suka kerjasama antara pasukan saya dan kami cuba mencapai matlamat yang sama.”
Hamilton mendominasi sukan itu – beliau telah merangkul enam gelaran juara dalam tujuh tahun sementara Mercedes memenangi kejohanan pembinaan tujuh kali berterusan – dengan spekulasi itu, pada 36, beliau memikirkan masa hadapan sendiri.