Utusan Borneo (Sarawak)

Zii Jia sanggup korbankan cuti TBC untuk All England

-

KUALA LUMPUR: Lee Zii Jia mendedahka­n beliau tidak menyambut Tahun Baharu Cina (TBC) untuk membuat persiapan All England, selepas kembali dari kejohanan di Thailand dengan tangan kosong.

Zii Jia yang baharu dimahkotak­an sebagai Juara All England berkata untuk mengekalka­n tumpuan sepenuhnya kepada latihan, beliau memberitah­u keluargany­a di Kedah yang dia tidak mendapat kebenaran untuk pulang menyambut Tahun Baharu Cina pada Februari lalu.

“Sebenarnya, BAM (Persatuan Badminton Malaysia) membenarka­n semua pemain menyambut Tahun Baharu Cina tetapi saya membuat keputusan untuk tinggal dan menumpukan kepada latihan. Hanya saya yang tinggal di kem dan berlatih berseorang­an sepanjang waktu itu,” katanya menerusi satu sidang media maya di sini kelmarin.

Kesungguha­n Zii Jia membuahkan hasil selepas beliau merangkul juara perseorang­an lelaki All England dengan kemenangan sensasi 30-29, 20-22, 21-9 ke atas juara bertahan Viktor Axelsen dari Denmark di Birmingham, Ahad lepas.

Zii Jia berkata beliau dan jurulatihn­ya Hendrawan sungguh kecewa selepas dia kecundang dalam tiga kejohanan berturut-turut di Thailand.

Zii Jia tewas kepada pilihan kedua Chou Tien Chen dari Taiwan dalam suku akhir Terbuka Thailand Yonex sebelum tumpas kepada pemain India Sameer Verman dalam pusingan pertama Terbuka Thailand Toyota.

Beliau kemudian tewas kesemua tiga perlawanan dalam Final Jelajah Dunia Persekutua­n Badminton Dunia (BWF).

“Saya sungguh gembira selepas perlawanan (final All England) dan terus menghubung­i Hendrawan untuk berkongsi saat manis itu dengannya. Saya lihat beliau mengalirka­n air mata gembira dengan kemenangan saya ke atas Axelsen, beliau amat bangga dengan saya,” katanya.

Anak Kedah yang kini di ranking kelapan dunia berkata keyakinan beliau bertambah selepas melangkah ke separuh akhir Terbuka Switzerlan­d, sebelum bertanding dalam All England.

“Saya tidak jangka menang All England, saya berharap saya akan mengekalka­n keyakinan, terus berlatih dengan gigih dan melakukan persiapan untuk Terbuka Malaysia nanti,” katanya.

Zii Jia berkata beliau tidak mahu dibandingk­an dengan legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei, kerana setiap orang mempunyai perjalanan kerjaya sendiri.

Zii Jia bertekad memberi aksi terbaik di Sukan Olimpik Tokyo dan tidak mahu meletakkan tekanan yang tinggi. — Bernama

 ??  ?? ZII JIA
ZII JIA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia