Utusan Borneo (Sarawak)

PSS anjur Kejohanan Golf Junior pada 30, 31 Mac

-

KUCHING: Perbadanan Sukan Sarawak (PSS) menganjurk­an Kejohanan Golf Junior pada 30 dan 31 Mac ini di Kelab Golf Sarawak, Petra Jaya di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif PSS, Dr Ong Kong Swee berkata kejohanan tersebut terbuka kepada golongan remaja dalam usaha mencungkil bakat-bakat muda dalam sukan itu.

Menurutnya, kejohanan itu merupakan siri penganjura­n Golf Junior PSS menyasarka­n bagi melahirkan lebih ramai pemain junior dipilih mewakili Sarawak pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dan kejohanan-kejohanan lain peringkat kebangsaan mahupun antarabang­sa.

“Kita juga menganjurk­an kejohanan golf sama di Miri, Bintulu, Sibu dan Kota Samarahan membolehka­n pemain-pemain muda mewakili bahagian masing-masing berentap membuktika­n kewibawaan mereka sekali gus merebut peluang dalam sukan golf," katanya pada mesyuarat bersama Presiden Persatuan Golf Sarawak Hoan Kee Hock, Pengerusi Pembanguna­n Golf Junior KGS Anthony Tan, Pengurus Unit Prestasi Tinggi PSS, Andre Richards dan Ketua Jurulatih Golf SUKMA Sarawak, Paul Bryan di sini kelmarin.

Ong berkata, setakat ini seramai 30 pemain golf remaja mendaftar menyertai kejohanan itu dan berharap lebih ramai menyertai kejohanan ini sebelum tarikh tutup penyertaan hari ini (semalam).

Katanya,majoritipe­nyertaan dari Kuching dan Kota Samarahan memandangk­an mereka lebih dekat dengan venue kejohanan selain kekangan akibat pandemik COVID-19.

Kuching, Sibu dan Miri masih di bawah Zon Merah COVID-19 namun aktiviti sukan dibenarkan dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

 ??  ?? SERTAI KAMI: Dr Ong (tengah) bersama tetamu pada sidang media di Kuching kelmarin.
SERTAI KAMI: Dr Ong (tengah) bersama tetamu pada sidang media di Kuching kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia