Utusan Borneo (Sarawak)

USAHA MENGHIJAUK­AN SARAWAK DIPERGIAT MENERUSI FLR: HAMDEN

-

KUCHING: Jabatan Hutan Sarawak terus menggiatka­n usaha menghijauk­an negeri ini menerusi inisiatif Pemulihan Landskap Hutan (FLR).

Pengarah Hutan Sarawak Datu Hamden Mohammad berkata, sejak program FLR dilancarka­n pada 15 Jun 2019, pelbagai usaha dan program penanaman pokok di negeri ini telah dilaksanak­an.

Selain menanam pokok spesies tempatan, jabatan katanya turut menanam spesies ‘indigeous’ cepat tumbuh seperti engkabang, kelampayan, sawih, geronggang dan sebagainya untuk dibangunka­n.

Jabatan katanya, juga telah membangunk­an tapak-tapak semaian pokok hutan di Sabal, Niah, Sibu dan Lawas bagi menampung keperluan anak benih pokok hutan untuk tujuan penanaman di seluruh negeri ini.

“Bagi membantu pelaksanaa­n penghijaua­n Sarawak, jabatan turut memanfaatk­an teknologi bagi mengenal pasti kawasan-kawasan yang perlu direstoras­i.

“Jabatan juga telah berbincang untuk bekerjasam­a dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk menjalanka­n pelbagai penyelidik­an dan kajian dalam bidang perhutanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan Hari Hutan Antarabang­sa 2021 Peringkat Negeri Sarawak di Taman Tasik Bukit Siol, DBKU di sini semalam.

Mengenai Kempen Penghijaua­n Malaysia yang menyasarka­n penanaman 100 juta pokok di seluruh negara, Hamden berkata Sarawak menyasarka­n penanaman 35 juta pokok menjelang tahun 2025.

Sehingga Mac 2021 katanya, Sarawak telah berjaya menanam sebanyak 3.15 juta pokok dan menduduki tangga teratas bagi penanaman semula di bawah kempen ini.

“Jabatan telah menerima peruntukan khas daripada kerajaan persekutua­n berjumlah RM4 juta untuk pelaksanaa­n kempen ini tahun ini.

“Selain itu, kita juga menerima peruntukan persekutua­n di bawah RMK-12 sebanyak RM6.34 juta untuk pelaksanaa­n program FLR bagi tahun 2021,” katanya.

Dalam pada itu, tahun ini kerajaan negeri telah meluluskan dana pembanguna­n sejumla RM10 juta dan peruntukan dari tabung ces hutan sebanyak RM2.5 juta bagi program berkaitan dengan penhijauan Sarawak.

Jabatan turut menerima dana sebanyak RM300, 000 daripada badan korporat seperti Sarawak Energy Berhad untuk program restorasi di Batang Ai.

 ??  ??
 ?? — Gambar Chimon Upon ?? TERMETERAI: Hamden (kanan) bertukar dokumen MoU dengan salah seorang daripada empat pihak yang menjalinka­n kerjasama strategik dengan Jabatan Hutan Sarawak.
— Gambar Chimon Upon TERMETERAI: Hamden (kanan) bertukar dokumen MoU dengan salah seorang daripada empat pihak yang menjalinka­n kerjasama strategik dengan Jabatan Hutan Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia