Utusan Borneo (Sarawak)

Ragam perjalanan seni 15 selebriti popular tanah air

Temu bual santai bersama hos Radin Amir dalam ‘Media Hiburan Throwback’ eksklusif di Astro Prima

-

PROGRAM ‘Media Hiburan Throwback’ ialah sebuah rancangan temu bual eksklusif berkonsepk­an santai terbitan Astro Prima dengan kerjasama Nu Ideaktiv Sdn Bhd yang bakal menyingkap perjalanan seni 15 selebriti popular tanah air.

Menariknya, setiap barisan selebriti yang menjayakan musim ini juga pernah muncul sebagai muka depan dalam majalah Media Hiburan.

Terdahulu, segmen ‘MHThrowbac­k’ mula diterbitka­n pada awal tahun lalu versi digital dan disiarkan menerusi platform media sosial Media Hiburan sehingga turut menerima jutaan jumlah tontonan secara keseluruha­n.

Masih mengekalka­n konsep asal, segmen tersebut kini ditambah baik serta diangkat dalam versi program televisyen.

Untuk musim yang pertama kali diterbitka­n ini, pengacara televisyen yang juga merupakan personalit­i ERA Radin Amir Affendy telah diberi mandat untuk mengendali­kan program ‘Media Hiburan Throwback’ selaku hos sepanjang 13 buah episod.

Menerusi program ini, para selebriti akan dikejutkan dengan keratan artikel berserta koleksi gambar lama mereka yang diambil daripada arkib majalah Media Hiburan. Pelbagai reaksi yang disulami dengan 1001 kisah yang mungkin tidak pernah dikongsika­n sebelum ini bakal dibawakan dalam ‘Media Hiburan Throwback’.

Lima belas selebriti popular yang menjayakan musim pertama program ini ialah Dato’ AC Mizal, Rita Rudaini, Dato’ Rosyam Nor, Erra Fazira, Akim & Stacy, Didie Alias, Dato’ Awie, Linda Onn, Faizal Hussein,

Ifa Raziah, Shira & Ijoy, Norman Hakim dan Marsha Milan.

Program ‘Media Hiburan Throwback’ akan berdurasi selama 30 minit secara eksklusif pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam dengan episod pertamanya telah pun disiarkan pada 24 Mac lepas di saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan perkhidmat­an ‘on demand’untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Pengurus Saluran Astro Prima, Norzeha Mohd Salleh berkata dalam satu kenyataan media, sebelum wujudnya penggunaan laman media sosial yang cukup meluas pada hari ini, media cetak seperti majalah dan surat khabar merupakan platform perantara paling utama untuk para peminat mendekati artis pujaan mereka bagi mengetahui pelbagai perkongsia­n peribadi dan eksklusif.

Tambahnya, walaupun zaman kini sudah berubah dan mula beralih kepada media sosial, namun kualiti perkongsia­n tersebut masih relevan sehingga hari ini dan mempunyai kekuatan yang tersendiri untuk divisualka­n dalam format kandungan tv.

”Reputasi Media Hiburan sebagai salah sebuah jenama majalah paling terkenal di Malaysia dalam membawakan pelbagai informasi, gosip serta perkembang­an terkini artis tidak perlu dipertikai­kan lagi. Sehubungan dengan itu, kami amat berbesar hati untuk sekali lagi bekerjasam­a dengan pihak Nu Ideaktiv Sdn. Bhd dalam menerbitka­n program terbaharu yang bakal mengimbau nostalgia menerusi ‘Media Hiburan Throwback’ khusus untuk tontonan sekeluarga,” katanya.

“Pelbagai kandungan menarik bakal dijanjikan menerusi program ini kerana arkib majalah Media Hiburan selama lebih 35 tahun akan dibongkar semula. Apa yang pasti, banyak kisahkisah lama, ragam suka dan duka yang akan diceritaka­n semula,” kata Norzeha lagi.

 ??  ??
 ?? — Gambar Astro ?? MENARIK: Radin menunjukka­n keratan artikel berserta koleksi gambar lama AC Mizal yang diambil daripada arkib majalah Media Hiburan dalam episod pertama ‘Media Hiburan Throwback’ yang telah pun disiarkan pada 24 Mac lepas.
— Gambar Astro MENARIK: Radin menunjukka­n keratan artikel berserta koleksi gambar lama AC Mizal yang diambil daripada arkib majalah Media Hiburan dalam episod pertama ‘Media Hiburan Throwback’ yang telah pun disiarkan pada 24 Mac lepas.
 ?? — Gambar Astro ?? KONGSI PENGALAMAN: AC Mizal menunjukka­n antara trofi yang pernah dimenangin­ya kepada Radin dalam episod pertama ‘Media Hiburan Throwback’ yang lepas.
— Gambar Astro KONGSI PENGALAMAN: AC Mizal menunjukka­n antara trofi yang pernah dimenangin­ya kepada Radin dalam episod pertama ‘Media Hiburan Throwback’ yang lepas.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia