Utusan Borneo (Sarawak)

PKPB DI SARAWAK DILANJUTKA­N HINGGA 12 APRIL

-

KUCHING: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sarawak dilanjutka­n 14 hari lagi sehingga 12 April 2021 berikutan situasi kes positif masih tinggi di negeri ini.

Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, pelanjutan perintah itu adalah dari 30 Mac, jam 12.01 pagi hingga 12 April 2021 jam 11.59 malam.

“Setelah melihat dan menilai situasi kes positif di Sarawak masih tinggi, JPBN telah memutuskan untuk melanjutka­n PKPB di Sarawak,” katanya dalam kenyataan semalam.

Pada masa sama, JPBNS itu memaklumka­n dua kampung di daerah Serian dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD).

Jelasnya, ia melibatkan Kampung Chupak, Serian berkuat kuasa mulai 25 Mac (jam 12.01 pagi) hingga 7 April 2021 (jam 11.59 malam) dan Kampung Batu Gong, Serian berkuat kuasa mulai 26 Mac (jam 12.01 pagi) hingga 8 April 2021 (jam 11.59 malam).

Sementara itu, JPBNS turut memutuskan prosedur operasi standard (SOP) majlis sosial (pengebumia­n) yang menyumbang kepada kebanyakan kes positif COVID19.

Tegasnya, penganjura­n majlis sosial (pengebumia­n) harus dilapor dan dimaklumka­n kepada Pejabat Daerah yang berdekatan serta mematuhi SOP yang ketat sebelum upacara pengebumia­n dijalankan.

“Ketua kaum dan ketua masyarakat juga dipohon untuk membantu menguatkua­sakan SOP tersebut,” ujarnya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Sarawak merekodkan 213 kes positif baharu COVID-19 menjadikan jumlah keseluruha­n meningkat kepada 15,176 kes semalam.

JPBNS berkata, kes baharu itu dilaporkan di Bintulu (46), Miri (39), Sibu (35), Kuching (23), Serian (23), Kapit (14), Samarahan (11), Julau (8), Sarikei (6), Sri Aman (6), Limbang (1) dan Tebedu (1).

“Daripada 213 kes baharu yang dilaporkan, seramai 31 orang telah menunjukka­n tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.

“Manakala, seramai 178 kes yang dikesan adalah terdiri daripada individu yang telah diberikan arahan perintah kuarantin di pusat kuarantin yang telah disediakan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Jelasnya lagi, mereka terdiri daripada 168 orang yang merupakan individu yang telah dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada kes positif COVID-19, lima individu yang baru balik dari kawasan berisiko tinggi (Import B) dan lima orang adalah individu yang balik dari luar negara (Import A).

“Secara ringkas kes-kes ini terdiri daripada 127 kes merupakan saringan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19 (13 bergejala), 41 kes merupakan saringan individu dalam kluster aktif sedia ada (tiada bergejala) 20 kes merupakan lain-lain saringan di fasiliti kesihatan (empat bergejala).

“Manakala 15 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan, lima kes melibatkan individu yang balik dari negeri-negeri lain di dalam Malaysia yang dikategori­kan sebagai kes Import B dan lima kes melibatkan individu yang balik dari luar negara (Import A) iaitu dari Papua New Guinea,” ujarnya.

Dalam pada itu, JPBNS memaklumka­n terdapat 250 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj iaitu dari Hospital Sibu (72), Hospital Miri (49), Hospital Bintulu (48), PKRC di bawah Hospital Kapit (28), PKRC Betong (25), Hospital Umum Sarawak (19), Hospital Sarikei (5), PKRC Serian (2), Hospital Sri Aman (1) dan PKRC Mukah (1).

Tambahnya, ini menjadikan jumlah keseluruha­n kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj setakat semalam adalah seramai 12,351 orang atau 81.39 peratus dari jumlah keseluruha­n kes COVID-19 di Sarawak.

“Manakala, 213 orang yang disyaki (PUI) baharu dilaporkan dan tiada PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal,” jelasnya.

Selain itu, JPBNS memberitah­u, seramai 460 orang di bawah pengawasan (PUS) mendaftar masuk di hotel untuk menjalani kuarantin, menjadikan jumlah keseluruha­n PUS di 93 hotel dan SC Bukan Hotel adalah seramai 5,952 orang.

“Manakala seramai 79,604 PUS telah tamat menjalani tempoh kuarantin,” katanya lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia