Utusan Borneo (Sarawak)

LELAKI HILANG SELEPAS DIKHUATIRI TERJATUH DARI JAMBATAN SATOK

-

KUCHING: Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas dikhuatiri terjatuh dari Jambatan Satok, Petra Jaya di sini semalam.

Pegawai Perhubunga­n Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Muhd Mirza Dzalmira Miraj berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 3 petang.

Menurutnya, mangsa dikenali sebagai Mohd Amirul berusia 27 tahun dan berasal dari Kampung Gersik.

“Setibanya di lokasi kejadian, kita telah dibawa oleh saksi ke lokasi kali terakhir mangsa dilihat.

“Buat masa ini, kita masih melakukan percarian di permukaan air sementara menunggu Pasukan Penyelamat Dalam Air (PPDA),” katanya semasa ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Bagaimanap­un katanya, operasi bergantung dengan keadaan cuaca.

Seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan hadir di lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

Sementara itu, seorang saksi Hamzah Harry berkata, dia terdengar bunyi orang terjatuh ke dalam sungai dari atas jambatan tersebut.

“Saya dengar bunyi orang terjatuh dan sempat melihat mangsa tenggelam timbul dua kali dan kali ketiga melihat dia kaku lalu tenggelam dan tidak timbul-timbul,” katanya kepada pemberita.

Difahamkan, identiti mangsa dikenal pasti selepas rakan mangsa menjumpai kereta mangsa diparkirka­n di atas jambatan tersebut dan turut ditemui ialah beg serta dokumen pengenalan diri mangsa yang ditinggalk­an di dalam kereta.

Sementara itu, datuk mangsa yang bergegas ke lokasi kejadian selepas dimaklumka­n mengenainy­a memberitah­u, kali terakhir dia bertemu mangsa beberapa malam lepas.

“Dia kalau ada masalah memang akan beritahu kepada saya, tetapi kali terakhir bertemu dengan dia, tidak ada pula dia memberitah­u ada masalah,” katanya.

Sungguhpun begitu, beliau mengharapk­an agar mangsa dapat ditemui selamat.

 ??  ?? DITEMUI: Kereta mangsa yang diparkirka­n di atas Jambatan Satok.
DITEMUI: Kereta mangsa yang diparkirka­n di atas Jambatan Satok.
 ??  ?? SAKSI KEJADIAN: Hamzah.
SAKSI KEJADIAN: Hamzah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia